Thursday, 18 July 2019

Awak...

Watikah hari ini adalah...

Aku mangantuk. Sedang mengantuk sangat. Kalau ke surau untuk baring time lunch, nanti ada yang bertanya kita nak tidur ke. Soalan tu berbawak kepada, kenyataan yang kita MEMANG SUKA baring tidur dalam surau tu time lunch. Well, dari prefer solat awal waktu, terus dah jadi hujung-hujung. Terima kasih kawan. Awak sorang je yang kadang tak sihat, sakit kepala, mengantuk dan boleh uruskan diri kat surau tu. Orang lain, yang kurang sihat, jujur mengantuk time lunch ataupun mengandung semua boleh baring kat mana-mana lain 'yang sesuai (entah mana sebenarnya)'. Kami suka selesa ramai orang nampak yang kami pura-pura tak sihat dan mengada sangat sampai kena tidur kat meja.

Awak, jangan buat orang. Mak saya tak ajar saya hidup untuk aniaya orang. Niat kita kena elok.

Kalau orang tu tak tau, awak maafkan je lah.
Kalau awak rasa keseorangan, lonely, jangan la cemburu tengok persahabatan orang lain; sebab rezeki orang semua lain-lain.
Tak payah ganggu orang. If you are fair to them, InsyaaAllah, you will be returned in fairness.

Pucuk pangkal, jangan aniaya orang.
Hati sendiri pun takkan pernah senang. Sampai bila nak terubat? Tanggungjawab orang lain ke yang perlu nak jaga hati kita yang senantiasa sakit ni? Kenapa pulak diorang nak kena jaga kita?

Awak,

Hati awak takkan tenang, sebab awak tak redha dengan keadaan awak.

Terima diri awak seadanya.
Terima semua kekurangan diri awak.
Terima semua kelebihan diri awak.
Terima semua kesilapan yang awak pernah buat.
Terima semua kebaikan yang awak pernah buat.
Kemudian, MAAFKANLAH DIRI SENDIRI atas kekhilafan terhadap diri sendiri, atas perkara yang tidak dapat dihalang, perkara yang telah terjadi, perkara diluar kawalan.
MAAFKANLAH ORANG SEKELILING atas kekhilafan mereka terhadap kita.
Mereka tidak bertanggungjawab untuk buat kita rasa cemburu dengan kehidupan mereka.
Kita yang bertanggungjawab untuk jaga hati sendiri, untuk tidak cemburu dengan orang lain.
Sama konsep seperti merendahkan pandangan sendiri terhadap sesuatu aurat yang terbuka, be it even in shape.

Kita pun semuanya in the end tiada apa-apa pun. Mati pun sendiri. Entah cemana rupanya bila mati nanti. Doa cukup kain kapannya. Bersih kuburnya. Wangi jenazahnya.

Kita cakap ni bukan diatas konsep perenggan pertama. Kita bercakap tentang overall perasan kita terhadap orang lain. Like, we cannot control perasaan orang sebab itu adalah sesuatu diluar keadaan kita; tetapi kita ada tanggungjawab untuk perasaan diri sendiri.

“We all have an obligation to be happy.”

Quotes from Hector’s Search For Happiness


And the only way to be happy is to forgive.
Sebab itulah Rasulallah pesan untuk memaafkan semua sebelum tidur. Maafkanlah diri sendiri. Minta maaf dengan Allah.

Semoga urusan awak semua dipermudahkan.



Wednesday, 17 July 2019

Mungkin sebenarnya aku bukan kawan

Watikah hari ini adalah...

Aku tengok jeans. Untuk pinggul yang lebar. Perut yang berisi kulit banyak. Peha besar cempedak. Betis saiz nangka. Last I tried ngam-ngam dengan Levi's Boyfriend jeans tapi warna kain tak sedap dimata laki Mak, jadi tak dapat la. 

Hari ni Mak tengok lagi. Surfing. Harga sakit hati. Time tengah boleh nak mampu, memang boleh beli tanpa berfikir panjang sebab memang dah hampir haus seluar tu pakai 3-5 kali seminggu for 4 tahun. Sebut haus, teringat pulak si Lady Gaga ni tengah promote kosmetik dia HAUS LABORATORIES. Tetiba la kan. But basically I need new jeans. Tapi sedang mampu tengok je. 

Credit: Introvert, Dear

Sewaktu Mak sedang surfing for jeans.
Okay, Mak mengaku sebab tidak berlaku jujur disitu.
Nehi surf board.
Nehi jeans.


Kawan, kita tolong ikhlas. Tapi kadang... macam mana tah nak cakap. Ada masa pun kita tolak tepi apa yang perlu diorang pulangkan, sebab kita nak masa dengan diorang je. Siap declare ni kata, jom jumpa nak catch up tentang kehidupan SEKARANG. Tapi... aku ni siapa-siapa je la bila korang memerlukan. 

Tarik napas dalam-dalam.


Ya, aku tak marah.
Aku kecewa.
Memang kecewa.


I have a choice to not feel stupid and/or used. My choice is untuk ingat that I helped somebody in need. Tu je. And masa masing-masing tidak sehaluan untuk berjumpa, masih belum rezeki untuk berjumpa mungkin kerana belum ada tahap keikhlasan untuk jumpa. Mungkin. 

Kita tau kita berhak minta kita punya. But everyone has got their own problems. So I'll deal with mine dengan pusing-pusing je resource apa yang aku ada. (Walaupun sebenarnya aku kecik hati kecewa dengan diorang-diorang ni).



Hidup bersangka baik sambil berhati-hati dalam mode lebih tahu, adalah lebih menyelerakan dari menjerumuskan diri dalam kegelapan apa yang orang buat kepada kita. 

We cannot control people's behaviour. But we can change the way we think and be better than we ever were.

Wednesday, 10 July 2019

Something Lah

Watikah hari ini adalah...

I buhsan.

I have Instagram tapi I don't really enjoy it. Visual sangat. So I store my photos in there that I don't want to share in Facebook. Kenapa berbeza? Sebab FB is about me free and easy. Aku suka baca articles and for me interactions adalah lebih genuine dari IG. Tapi ramai gak Onioners situ.

Teringin something else new for myself. Travel. Or maybe sebenarnya you're not really given a choice around your life. Be like, you have to do this because you have to. Sebab sebenarnya kau tak tau apa yang kau perlukan to get out of your brain, emotional, body systems. God wants you to learn something. Tapi engkau yang kengkadang bebal nak lawan. Ataupun merungut, TERmerungut kat mulut, dalam hati, dalam SocMed.

Sampai tahap ni pun aku rasa macam nak merungut tau sebenarnya. Tapi tak tau nak komplen pasal apa. Cuma rasa cam nak komplen. Macam tak reti nak mensyukuri rahmat langsung kan hahaha... Entah. Mungkin nak ada progression in life. But I know it's getting there.

Maybe I just need new glasses.

Ye lah. Itulah dia.

Monday, 29 April 2019

Mak Kena Game

Watikah hari ini adalah...

Semalam aku declare kat rumah, "I dowan to stay home today"

Barang semua aku buat selagi terlarat je. Baju dah cuci, baju dah kutip, baju dah gosok. Baju tak berpakai atas pelbagai alasan pun dah diasingkan dari almari Cik Adik, Abang Ngah dan Abang Long. Larat kemas balik sebaris je almari Papa. Pi mampus la dengan almari sendiri kan.

So I started to go through movies. The End Game memang dah end game pun sebab semua masuk duduk front row seating atau duduk bersepah gila. Cik Adik and I tengok trailer Dumbo, memang best. Dengan sangat teratur dan tekun, I booked tickets for the following weekend untuk tengok Avengers. Okay la, dengan 3-4 rows from the front. Kalau perlu tunggu seminggu pun, jadilah dari tak selesa first row seating. 

Then I booked 3PM movie for that day nak tengok Dumbo. Seronok pulak rasa. Lama tak tengok movie yang whimsical and Dumbo itself. I used to sing 'Baby of Mine' to all my kids masa time diorang baby. Sentimental feeling sikit bila tengok trailer cerita tu.

I told the kids to mandi la, get ready so we can go out for lunch and then terus tengok movie tu. The boys were like, "Whut" bila beritahu nak tengok Dumbo. Dumbo best apa. Abang Ngah kata, "Sedih tau cerita tu, Dik". Yang lagi sorang tu yang drama sikit tu be like, 

"Kenapa kena tengok Dumbo? Dah takde cerita lain ke nak tengok?" 
"Sebab takde cerita lain" 
"Tapi I nak tengok Avengers la Mak" 
"Penuh la"
"Best sangat ke Dumbo tu? Kena ke tengok jugak?"




We got to the mall, had our lunch, lepas tu berbaris nak beli popcorn bagai. Sekali aku pun bukak la phone nak tengok eticket cerita tu. Tapi mata aku terjadi besar sikit petang tu.

Kecik besar, kecik besar sikit mata tu. Salah tengok ke aku ni? Pukul 3 tu dah macam betul. Walaupun macam, tak... uhm...




Korang nampak tak apa yang aku baru nampak?

I thought I was seeing wrong. How la can wrong right? But it went tu a wrong yang terpinga-pinga to become, "Ei this is so WROOOONNNNGGGG...!!! Abang Long, I see wrong - like, wrong-wrong or what I see this??"

"Mak, it is wrong"



I ran to the counter... dengan popcorn and Cheezels dalam tangan. Muka dan perasaan dah separuh cair. Perasaan yang terbodo. Terbodo sendiri. Gara-gara takmo dah duduk rumah hari tu. Aku dah tebodokan diri sendiri. Kesian bebudak.

"I need help, this a different day booking," helplessly. 

The girl at the counter kata, "Ni betul la kak kalau nak diikutkan, Monday 29th is esok; ni show pukul 3:00 PAGI," dengan begitu bersahaja. 

>>> 3:00 PAGI KOT! 

"Siapa la nak tengok wayang pukul 3:00 pagi? 3:00 pagi kot? Dah la Dumbo"

She made a quick judgement and asks me, "So nak replacement cerita lain at this time?" "Kalau boleh, that would be very nice of you" Like seriously, biasanya mana ada kan... Sendiri akan burn ticket tu sendiri. 

We waited for another half hour before kitorang masuk dalam untuk duduk front row movie baru tu. Abang Long dah forewarn Mak dio, "Abang Long duduk kek tanggo tau". Tak, dio tak cakap Bahso Nismilan. Itu caro Mak dio je nulih ni ha. Kalau dio betul cakap Nismilan memang Omak ni ngango bosau.

Mungkin sebab duduk kat depan sangat yang telah membuatkan aku tidur for like maybe the first half an hour of the show. Iklan tak renti-renti. Then it was, "Mak, Mak, kaki I sejuk" "Mak, Mak, I bukak kasut tau" "Mak, Mak, cuba Mak rasa kaki I ni" sambil constantly memintal badan to get best sleeping position. Ni la perangai Cik Adik. The only movie she didn't fall asleep to was some cartoon movie I don't remember what it was.

End Game was good. That was the front row movie we got to watch. Even better that we'll get to watch it again this coming Saturday. Hopefully aku tidaklah tertidur pada waktu tu nanti.

~ The End ~




Wednesday, 13 February 2019

Benam

Watikah hari ini adalah...


Small things can trigger me. I feel so like this right now. Benam perasaan dalam-dalam. Imagine benam diri dalam air. Sebab benda bongok telah membongokkan aku seminggu dua ni. And of course, pepagi buta ni. Buta ke? Ke aku yang hati buta? Buta hati? Eh tak koooot... Mak ni empath. So memang tak boleh overloading. Nanti like an elevator, bila overload dia bunyik "TEEEEEEEEEEEEEEEEEEEETTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT". Pastu dia gegar sikit, tapi tak crash sebab orang pandai, they will keluar dari lift tu. So aku kena pandai tolak apa yang boleh. Walaupun aku merentan-rentan dalam process. 

However, it is still annoying me. Bothersome. Macam nak kena balik rumah tidur dalam-dalam. Fold the feeling so small to be the tiniest paper crane and fly into Ragnar Lothbrok and Lagertha's love story of S1:E1. 

Above all, I feel the need to throw a fit, then put myself in a corner and cry. 

Monday, 19 November 2018

Persediaan emosi

Watikah hari ini adalah...

You know, bila kau adalah seorang INFJ, dunia kau adalah penuh dengan perbualan yang tidak kosong. Full of sarcasm yang deep sampai bila berdepan dengan orang lain, kau adalah sangat stone  dan emotionless. 

Apa kot orang boleh pick up from just looking at me, other than me being pissed over something? Or "Maybe she's still pissed" or "Maybe it's something else". Well, aku adalah menjaga hatiku yang sangat perasa oren ini. Sedangkan tengok cerita benar Adiwiraku tu pun patut ada baldi aku tanggukkan airmata yang tak boleh nak stop. Walaupun kalau the cerita happen to lalu sewaktu aku flipping channels. Ya, tolonglah tengok cerita Adiwiraku. Pasal cikgu di kawasan kampung membawa anak murid ke choral speaking peringkat daerah for the first time.

Today, aku nak membibit sesuatu perasaan untuk up kan sikit feeling aku ni. Nak rasa sesuatu kebebasan. Sebab aku akan stress for the coming 2-4 weeks. Oh, stress aku dah hadir terawal pulak dari jangkaan. 











Tuesday, 13 November 2018

Maksud peperiksaan buat kami tahun ni

Watikah hari ini adalah...

So I'm surprised by the traffic from semalam punya post. Mungkin sebab lama dah tak tulis au natural kot. Tidak dalam keserabutan. Mak lek lek je. Haha. 




Banyak la Mak ko punya lek lek. Jangankan apple hijau, hammock tu pun Mak takde. Nak shirt hitam, kena pinjam Papa punya. Tapi, takpelah. Nanti masuk balik dalam lemari Abang Long pulak. Pastu Abang Long pakai je, "Sebab ada dalam lemari I," jadi kau redha je la eh. Budak tu dah besar.

But yeah, lama dah tak berbait dengan the kids in my postings. 

Sekarang ni tengah nak SPM kan. Abang Long will be waiting for PT3 and Abang Ngah pulak tunggukan UPSR results. Cik Adik ambik periksa akhir tahun biasa. Result percubaan adalah agak kelaut. Dan effort untuk tahun ni, semua keputusan akhir tahun adalah bergantung kepada setiap diri masing-masing sebab...

1. ..towards the final month nak periksa tu, Abang Ngah had Bronchitis and Bronchiolitis terus hospitalised for a week. Dapat seminggu, lepas following week tu UPSR. 

2. Minggu UPSR si Cik Adik pulak masuk hospital dekat seminggu. Sekali kena denggi kau. Nasib baik masuk air awal sebab demam dia panas mencanak-canak. Memula pun doctor ingat viral fever sebab tak kebah, then jap-jap keluar ruam, pastu ruam hilang. Dah hari ke-5 baru keluar segala bintat merahnya.

3. Lepas selang berapa hari after Cik Adik keluar hospital (aku rasa 3 hari je kot), Abang Ngah masuk balik hospital time Abang Long hadap PT3. He had this high fever that we all thought entah-entah dia pun kena gak gigit dengan nyamuk aedes. Tapi dia muntah punya la banyak kali kat klinik, terus klinik pun suruh gi hospital masuk air. Dekat A&E, doctor sana pun suruh admit terus sebab diorang tak pasti punca demam panas dan apa yang nampak macam keracunan makanan. In the end, it was viral fever. Dan at the end of this viral fever, kaki dia cramping. Tak boleh jalan dengan betul. 

Ada jugak permintaan nak naik wheelchair. I told him, "Kalau nak balik, jalan turun bawah - takde naik-naik stroller." Ya, memang sengaja nak ejek kata nanti dia naik stroller. Sebab kalau dah kaki cramp, tak nak try luruskan, nanti balik, bila awak nak exercise kan kaki tu buat stretching? Mak kan kerja. 




"Hari tu okay je Papa bawak I jenjalan naik wheelchair," dia tambah. Eh hello. Ko ingat Mak kau dengan bapak kau sama ke? Orang suruh dia jenjalan around the room and ward pun tak responsive. Takkan nak bagi kaki tu kejung kan? Keras urat-urat tu nanti. 

Result: Memang dia jalan kaki le sampai ke kereta...

Tempoh cycle kejadian 3 kali duduk hospital adalah selama sebulan. Jadi kita semua terima aje lah apa-apa yang dapat. Tadah je la tangan. Pastu kita pimpin je la ke hadapan bersama. Nak do any other thing oso kenot right? 




Dalam aku tengah tulis posting ni, ada la Mak-mak yang up gambar anak dalam aktiviti sekolah sepanjang tahun. Ada satu program ni I know Abang Ngah masuk tapi kenapa tak jumpa carik dia dalam gambar. Takde sorang pun pakai baju kaler silver.


Ya, why I look-look kenot find? I look-look again, still kenot find.

So I asked dalam family group:

Mak: Where are you? Why don't have in picture?

Abang Ngah: Saya tidak hadir.

Mak: Eh. Betul ke tak hadir?

Abang Ngah: Ya.

Mak: Hari tu bukan ke you joined programme yang cenggini gak? (Mak dah confuse time ni)

Abang Long: Eh, Abang Ngah. You ada la join.

Abang Ngah: Tahun ni Abang Ngah tak join.

...Pause...

Abang Long: Mak tak jumpa Abang Ngah ke (dalam gambar)?

Mak semakin confuse. Abang Long bagi gambar, bundarkan Abang Ngah dalam pen merah. Ya. Abang Ngah tak pakai baju silver. Sebab dia pakai baju hijau.




Elok la. Mak kau tak kenal anak dia, diri sendiri pun tak ingat join program tu. Konpiden pulak tu dia join tahun lepas, bukan tahun ni. 

Aku rasa takde bezalah Mak dengan anak aku ni. Hahaha.

Okaylah. 

Sekian, terima kasih buat masa ini.





7 Tahun

Watikah hari ini adalah... My goodness.  Lama gila tak teringat at this blog.  I wonder if people still visit here, lol.  So, by now, a lot ...