Wednesday, 14 July 2010

roti bonyok

Watikah hari ini adalah...

Semalam I beli roti in the morning bila cucuk minyak dalam kereta.  Then I thought, "Aaah.  Biar je la dalam kereta!"  Disebabkan atas kepandaian aku tu, roti yang segar telah menjadi tragis.

Amacam?  Pandai tak aku?  Haha.
Bongok betul.

nadia yang ajaib

Watikah hari ini adalah...

I had trouble with my computer this morning.  Couldn't get into anything.  Marah ke?  Tak.  Rengsa.  Even the comments I had dalam my FB status updates didn't do much for me.  So instead, I concentrated on filing.  Yes.  Ape ke jadah nya Nadia membuat filing?  Haha.  Yes indeed.  That was what I did. 


Taken off the web.  Thanks [HERE]
Aku buat filing.  Macam ajaib je.

My mental selama dua tiga hari ni agak mental.  Bukan heavy metal.  Tapi sengal metal. 

Let me tell you.  Reading something would require me to read berkali-kali and despite having tried very very hard, I still miss the point or whatever it was trying to say.  Dan aku merengsakan penulis dengan bertanya apa ke benda menatangnya yang orang tu tulis. 

So anyway, having done with lunch etc, now aku mengadap balik meja yang bersepah-sepah files.  Orang pun harus konfius.  Tak tau sebenarnya I'm done with it or not.  Haha.  Aku sendiri pun tak sure.  Haha.  Aku pun tak tau mana la pulak nak simpan semua menatang filenya ni kat mana.  Sebabnya, the predecessor's files are still in the cabinets.  I haven't removed them because they're quite current and so got no space lor...  Jadinya masuk je dalam kotak yang mana aku tau mana nak retrieve balik kat bawah meja ni.  Janji kemas.  Cuma sekarang, tak kemas.  Sakit mata.  Tapi malas.  Haha.  Bongok tak?  Nak tanya tu...  Cemana nak buat.  Haha.

But so I must.  At least I can move on to doing something else.  Walau pun aku ni sebenarnya sedang agak sengal.  Otak berdengung.  Penat lain macam.  Nak tido.  Nak balik.  Tak nak balik.  Alah.  Memacam lah. 

By the way, like my new layout?  I just got bored with the old one, though I loved it so much.  It's not too bad la kan.  It's nice.

It's me.


Tuesday, 13 July 2010

Aku telah mendeklimasikan diri sendiri dengan bernasik lemak kat kantin pagi tadi

Watikah hari ini adalah...

Hari ni adalah hari berborak.  Aku telah mendeklimasikan diri sendiri dengan bernasik lemak kat kantin pagi tadi.  Nasik dia punya la banyak sampai aku rasa memang tak boleh habis tapi ku paksa diri, Jebat.  Ya.  Aku memang hebat.  Hebat memaksa diri untuk habis mekanan dalam pinggan tu. 

Mata aku masih rasa macam Panda.  Okei la.  Aku celak atau tak celak, itu bukan ceritanya.  Rasa macam bengkak dan tak boleh bukak.  Apa kes?  Nak kena balik rumah untuk bergolek ke?  Ke tidak, kena lunjurkan badan kat atas sofa dalam bilik boss ke?  Nanti for sure muka aku akan diairkan dengan kakak cleaner tu.  Dia sayang aku.  For the best interest in me.  Kunun.  Haha.

Taken off the web.  Thanks [HERE]
Gambar aku ketika berada di work station kat opis.
Amacam, kiut tak?  Betul kan?  Sebab...
...Nadia Is Cute.
He he.

Dah tulis seperenggan pun masih lagi mengantuk.  Ceh.  Mari cari topik.

Semalam first day aku bawak Saga.  Best.  Mungkin mode aku sejak semalam adalah - RILEK.  Sejak Black Stallion 'dipinjamkan' kepada orang, mode mengkuda di jalan raya adalah tiada mood.  Tapi okei la.  Then I cucuk minyak pagi tadi.  Saspen gak tak sampai.  Dah nama pun tak biasa.  Aku tatau mana indication kata minyak nak kering.  Masuk-masuk je dalam keta pagi tadi bila on engine, dia dah nyala pam minyak kaler terang-benderang.  Akak - huru-hara jap.  Laki akak - "Sempat..." katanya.  Hmm.  Ye lah.

Tapi bila I pi cucuk minyak tadi ada kejadian. 

KEJADIAN PERTAMA/  Memula cucuk minyak.  Pastu masuk dalam kedai.  Randomly tengok apa barang yang nak ikut akak balik.

1. Roti.
2. Honey Stars.

1 dan 2 tu memang untuk rumah.  Aku takut kang tak tersinggah kedai on the way back so baik beli je dulu mentara benda-benda tu ada kat depan mata.  Entah cemana terpanau mata [uiks.  mata ada panau?  haha] kat cokelet idaman.  Cokelet yang dah lama aku tak bersua mata.  Cokelet yang bila bebaru ni terjumpa balik, akak sauk tiga,  yang mana ketiga-tiga telah dihabiskan hingga ke tulang oleh anak-anak akak yang tiga orang itu.

Soalan:  Apakah nombor yang paling populer di dalam ayat di atas?
Jawapan:  Tiga.

Soalan:  Berapa ramai jumlah anak akak di atas?
Jawapan:  Tiga.

Soalan:  Perkataan tiga telah digunakan sebanyak berapa kali di dalam ayat terakhir di perenggan terakhir?
Jawapan:  Tiga.

Taken off the web.  Thanks [HERE]
Contoh rupa nombor TIGA yang disebut-sebutkan itu.

Aku pun tak tau la kenapa pantang nak beli mekanan begitu je musti amek tiga.  Tapi bila abes, makan ati.  Haha.  Buduh ke?  Bukan.  Ini namanya panau di mata.  Haha.  Itu lagi buduh.  Buduh punya perumpuan!

Anyway, aku terus lah pergi mendapatkan Cadbury PICNIC aku tu.  Okei.  Unconsciously pun aku masih sauk tiga.  Maafkanlah.  Tapi aku berazam untuk meninggalkan Picnic-picnic ini di opis agar aku dapat merasa mekanan itu.  Harap maklum.

Taken off the web.  Thanks [HERE]
Gambar mangsa keadaan terbabit.
Maafkanlah, kerana sesungguhnya...
Cokelet PICNIC ini tidak berdosa dalam ini gambar.

KEJADIAN KEDUA/  Biasanya kalau dengan Black Stallion, cucuk minyak ada la average is 80-100 hengget tanpa rela.  Tapi bila cucuk minyak tadi, macam terpegun kejap.  Kalau takkan ada kereta lain beratur dengan sabarnya quite lama mentara aku shopping kat dalam kedai tu, memang la aku pasti akan tetap memandang screen itu sambil menggosok-gosokkan mata ini sehingga mata aku betul-betul menjadi mata Panda sebab celak aku tebal hari ni.  Haha.  Ayat...  Tak reti nak berenti ke?  Koma ke? 

Taken off the web.  Thanks [HERE]
Salah satu contoh muka terkejut.

Uih.  Macam tak percaya beb.  Baru kena 50 hengget.  Aku nak tengok pulak dia tahan minyak 50 hengget tu sampai bila.  Ini betul punya cost saving...

KEJADIAN KETIGA/  Tiada kejadian buruk telah berlaku setakat ini. 

Sekian.


Monday, 12 July 2010

I'm feeling so blekh that getting all bitchy would be extremely taxing. So I guess it's that time of the month again... Walau pun we saw Cik Adik menjolok ibu jari kakinya ke dalam mulut at the dinner table tonight. Ye. Ko tak baca salah. No need to gostan nak baca balik ayat tu. Aku dah ternganga. Aku pun nampak muka maid aku ternganga habis keluar suara dia gelak, "Ha ha ha," menyebabkan aku nak je tepuk dahi kalau tak kan tangan aku sedang bergaul dengan ikan masin cili api. Dah la aku kelewatan teknikal ni. Isk.

On the way home tadi pun aku blank. Bukan blank sikit tau. Aku, gila punya blank. Dia macam... Lalalala. No no. Tidak. Dia macam you're driving through a tunnel yang tak tau ke mana, tetau je dah sampai rumah. Siap masak tu. Makan. Blah blah blah. Then tetau je laki tanya, "Abang Long memang tak tusyen ke?" Itu pun masa aku dengar pun macam kena ulang dalam kepala 3 kali berturut-turut. Gua lupa beb...

Ni pun sengal. Badan sengal. Otak pun sengal.

Dah la. Tragis sangat dah ni.

Babai.
Sent via BlackBerry from Maxis

see no evil, hear no evil, smell no evil

Watikah hari ini adalah...

Hari ni biasa-biasa je.  Ye lah.  Maybe it's still in the pukul sepuluhan lagi.  Tak nyempat kejadian apa-apa so hari ni masih je lagi biasa-biasa.  But despite the fact aku tak tengok bola pun malam tadi, I'm wondering why the heck mata aku pulak yang terasa lebam macam panda?  Okay.  Ayat berisi panda tu cilok dari status update Lord Zara.  Aku sungguh tidak original hari ni.  Original ke sangat pun?  Ada korang kisah?  Haha.

Perut aku lately ni ada ala-ala macam melantun-lantun.  Pagi tadi ada assembly.  Sebab aku turun lambat akibat nak mencekik juice dulu sebelum turun, aku terpaksa menjadi wallpaper.  Ceh.  Wallpaper kunun.  Saper soh turun lambat?  Kan dah takde tempat duduk.  Sendiri punya angkara kan?  Buduh punya pompuan.  Huh.  Memang pun.  Dah la besar.  Over ketumpatan.  Asik dok meletup-letupkan kabinet kat dinding tu yang jap jap terbuka sebab badan sasa dok bukak tutup bukak tutup menatang tu.  Sekali secara tiba-tiba, dihujung passageway tu terasa sedikit bahang.  Berapi.  Macam kenot kontrol tapi ku tahan Jebat.  Semorang kan tengah duduk.  Aku sorang berdiri.  Kalo terlepas, semorang akan berdiri, memicit hidung memasing sambil menuding jari padaku.  Well...  It's either that or edibadi mati dalam iman.  X_X <--- gambar pensan sambil tangan totop mata macam Pandamoniom. 

Taken off the web.  Thanks [HERE]
Sila buat pilihan beruk yang terdekat dengan anda.  Tengs.

Gua berdoa dengan keadaan tenang.  Silalah agar angin jahat itu tidak keluar untuk memudaratkan sesiapa kecuali aku.  Dan doa termakbul.  Kerana angin jahat tu masih ndak mauk keluar lagi sehingga sekarang.  Melantun-lantun dah perut aku nih.  Sungguh jahat angin itu.

Taken off the web.  Thanks [HERE]
Oh maafkanlah wahai teman... 
Sesungguhnya perut ini tidak berdosa...


Taken off the web.  Thanks [HERE]
...Salahkanlah saja sepentot yang aku pakek in secret hari ini.


Taken off the web.  Thanks [HERE]
Tengah-tengah mencarik gambar, I came across this old old
movie that made me quest and boleh je duduk at any point
of a Richard Pryor movie - Mamat ni memang huru hara beb!
Belum lagi cerita ni.  Cerita ni lagi gila!!
SEE NO EVIL, HEAR NO EVIL
is my personal favourite!

Baru je lepas mengomen kat Blog si Filla.  Haha.  Minah kerek beranak dua.  Haha.  Pi la baca.  Ngan Blog si Tijah ni pun tak cukup benor aku membacanya.  Ada je kejadian, tersampai dalam summary je tapi keTumpatannya Kelantan.  Haha.  Ngarut la tu, pompuan?  Haha.  KeTumpatan Kelantan kunun.  KePontianan Johor betul la korang ni...  Haha.  Izinkanlah saja.  Engkorang ni semua, pi la nengok apa yang akak ni rekemen.  I enjoys je everyday...  Ai [angkat-angkat bahu] ...no problem... 

Ok ok.  Aku harus bergegas dengan pantas.  Kelihatan [lihat ke?] seperti ia sudah dihujung-hujung.

Haha.  Macam puaka kan?  Haha.




Thursday, 8 July 2010

cinta melancholic

Watikah hari ini adalah...

I am feeling rather melancholic.  In this cold.  In this weather.  Maybe it's also how few things arise.  Maybe it's just plain that I get a certain way because of this serious cold office that I'm going way nonsense from my normal self.  Or maybe I'm the other way round.  Entah.  Ko pikir bagemana?  I do no lah.

Been doing figures sesaja.  Korek-korek information.  Ada manfaat tak?  Uih, ada.  Tapi terasa sikit restricted.  Nak tau kenapa?  Tepon opis semalam kena sambar petir.  So today only analog phones je okay.  Digital ones like mine, sampai sekarang tak berbaik pulih.  Full maintenance will  be done after 5.30pm today, so they say. 

Best jugak, actually that the phone's not working.  Tak ada orang nak bother me with, "May I know the name of your Finance Manager?" or those calls that go, "We are calling from...," nyak nyak nyak dengan slang yang membuatkan ko berasa sangat konpius sama ada nak tempeleng je caller tu untuk menyedarkan mereka bahawa 'Cukup-cukup la endak nya' atau terus cabut wayar tepon tu biar dia tak leh tapon balik.  Nak gelak pun tak kosa.  Tinggal berani tak berani je untuk selinapkan satu ayat terakhir buat mereka - "Oh by the way, you have a very bad slang.  Just stop trying.  Face it.  You weren't raised in England."  Haha.  Bitchy gila tak? 

Aih.  Patutnya aku mengkonsentrasikan diri untuk perabihkan schedule satu ni je.  Then boleh la balik.  Laki akak pun dah tepon bertanya pukul berapa aku nak balik ni.  Patut sungguh dia adalah seorang pekerja berjaya.  Folo up dia power beb.  Very powerful.  Hahaha.  [Nanes].

So, 9 minutes more to go.  

I should go oredi.  

PS.  

apa sangat dengan kerjaya macam aku nih?

Watikah hari ini adalah...

Ko tengok.  Status update terbaruku:

Nadia Is Cute sedang bekerja dengan tekun.  Sila jangan ganggu.  Nanti konsentrasiku terencat.  Aku seriyes ni.

Dan sungguh la aku seriyes.  Belum apa-apa mentara menaip status tu pun dah gelak gulita.  Apa ke gile nyer?  Haha.  Memang bakal mengundang komen dari mereka-mereka itu.  Hah.  Dah kata pun!  Haha.  Pada hal, bersusun ni ha.  Menatang nak kena format.  Menatang nak kena key in update.  Menatang nak kena request.  Menatang nak kena folo up.  Menatang nak kena purchase online.  Haaa...  Banyakkan?  So, saper kata seksiteri tak ada keje?  Tiada salah asuhannya di sini. 

Aku memerlukan sesuatu self-entertainment.  Ini lah dia. 

But kan...  I know ada orang yang tak paham kerjaraya seksiteri ni.  This work has got no routine.  Okei.  Tipu.  Routine dia adalah...  Settle in/out documentation, tulis surat, tulis email, manage appointments, claims and vet through a few other things.  Oso, settle meeting arrangements.  Itu satu.  Tapi orang masih bertanya apa speselnya sampai nak kena ada Seksiteri's Day?  Nak tau kenapa? 

"Where can is a good place for morning breakfast meeting yang okay-okay sikit?"

"Can you find the fastest way to reach this place?"

"Mana nak ya pergi for school holiday?"

Lagi satu yang aku terperasan yang membuatkan orang lain teruja adalah kebolehan magis.  Bukan.  Bukan black magis.  -----> Menaip tanpa melihat keyboard.  Menaip sementara bercakap dengan orang.  Menaip hanya dengan melihat surat di atas meja. <----- Itu namanya, practice makes perfect.  And it comes with training.  Just the same dengan short handwriting yang mana, aku pun dah tak ingat dah liuk lentuknya. 

Teringat pulak last week at the time when I got to the police station to lodge stolen identity tu.  Nasib baik la dah bawak drafted report.  Memang that was the first thing they asked for tau.  So ibu-ibu, bapak-bapak, silalah menyediakan drafted aduan anda bila nak lodge report kat balai polis itu.  Okei?

Anyway, I brought the drafted report.  Then this male officer took it down and started planting the alphabets in.  Tapi yang aku nampak banyak bergerak adalah tangan kanannya sahaja yang melangkaui ke seluruh keyboard.  Tangan kirinya?  Entah.  Mungkin guna untuk tekan capslock, shift buttons kut.  At least tangan tu sentuh la jugak keyboard tu.

Taken off the web.  Thanks [HERE]
Best siut menatang keyboard nih... 
Kalo aku boring-boring, boleh la tutup je lampu opis ni.
Bikin jadik disko-disko...  Putih-putih melati, Ali Baba...

Tak.  Aku tak pening.  Aku tak rengsa pun.  Aku pun tidak berasa marah mahupun haloba.

Tapi aku seriously.  Aku nak je tolak dia ke tepi dan taipkan the whole thing down for him.  That report planting of 3 short paragraphs for him took literally 25 minutes to get in the system... ... ... 

Takpe la.  He really tried his best.  And I got my report done.  So - done.

And now, I should go back to kereje kereja.

By the way, something happened today that makes me want to remind everyone:

Being assertive is fine. 

But please, do know your limits. 

And please don't be rude when trying to get what you want.  

Sometimes it's not solely just the other party's fault. 

Also, verbal sometimes just don't work. 

You have to write, walau pun it's only one sided punya communication. 

At least it is recorded. 

Have fun thinking about what to have for lunch y'all....  Aku nak makan je kertas-kertas kat atas meja ni.  Kasi cepat clear.  Tak payah filing.  <----- Oh.  Apakah...

 

7 Tahun

Watikah hari ini adalah... My goodness.  Lama gila tak teringat at this blog.  I wonder if people still visit here, lol.  So, by now, a lot ...