Tuesday, 13 July 2010

Aku telah mendeklimasikan diri sendiri dengan bernasik lemak kat kantin pagi tadi

Watikah hari ini adalah...

Hari ni adalah hari berborak.  Aku telah mendeklimasikan diri sendiri dengan bernasik lemak kat kantin pagi tadi.  Nasik dia punya la banyak sampai aku rasa memang tak boleh habis tapi ku paksa diri, Jebat.  Ya.  Aku memang hebat.  Hebat memaksa diri untuk habis mekanan dalam pinggan tu. 

Mata aku masih rasa macam Panda.  Okei la.  Aku celak atau tak celak, itu bukan ceritanya.  Rasa macam bengkak dan tak boleh bukak.  Apa kes?  Nak kena balik rumah untuk bergolek ke?  Ke tidak, kena lunjurkan badan kat atas sofa dalam bilik boss ke?  Nanti for sure muka aku akan diairkan dengan kakak cleaner tu.  Dia sayang aku.  For the best interest in me.  Kunun.  Haha.

Taken off the web.  Thanks [HERE]
Gambar aku ketika berada di work station kat opis.
Amacam, kiut tak?  Betul kan?  Sebab...
...Nadia Is Cute.
He he.

Dah tulis seperenggan pun masih lagi mengantuk.  Ceh.  Mari cari topik.

Semalam first day aku bawak Saga.  Best.  Mungkin mode aku sejak semalam adalah - RILEK.  Sejak Black Stallion 'dipinjamkan' kepada orang, mode mengkuda di jalan raya adalah tiada mood.  Tapi okei la.  Then I cucuk minyak pagi tadi.  Saspen gak tak sampai.  Dah nama pun tak biasa.  Aku tatau mana indication kata minyak nak kering.  Masuk-masuk je dalam keta pagi tadi bila on engine, dia dah nyala pam minyak kaler terang-benderang.  Akak - huru-hara jap.  Laki akak - "Sempat..." katanya.  Hmm.  Ye lah.

Tapi bila I pi cucuk minyak tadi ada kejadian. 

KEJADIAN PERTAMA/  Memula cucuk minyak.  Pastu masuk dalam kedai.  Randomly tengok apa barang yang nak ikut akak balik.

1. Roti.
2. Honey Stars.

1 dan 2 tu memang untuk rumah.  Aku takut kang tak tersinggah kedai on the way back so baik beli je dulu mentara benda-benda tu ada kat depan mata.  Entah cemana terpanau mata [uiks.  mata ada panau?  haha] kat cokelet idaman.  Cokelet yang dah lama aku tak bersua mata.  Cokelet yang bila bebaru ni terjumpa balik, akak sauk tiga,  yang mana ketiga-tiga telah dihabiskan hingga ke tulang oleh anak-anak akak yang tiga orang itu.

Soalan:  Apakah nombor yang paling populer di dalam ayat di atas?
Jawapan:  Tiga.

Soalan:  Berapa ramai jumlah anak akak di atas?
Jawapan:  Tiga.

Soalan:  Perkataan tiga telah digunakan sebanyak berapa kali di dalam ayat terakhir di perenggan terakhir?
Jawapan:  Tiga.

Taken off the web.  Thanks [HERE]
Contoh rupa nombor TIGA yang disebut-sebutkan itu.

Aku pun tak tau la kenapa pantang nak beli mekanan begitu je musti amek tiga.  Tapi bila abes, makan ati.  Haha.  Buduh ke?  Bukan.  Ini namanya panau di mata.  Haha.  Itu lagi buduh.  Buduh punya perumpuan!

Anyway, aku terus lah pergi mendapatkan Cadbury PICNIC aku tu.  Okei.  Unconsciously pun aku masih sauk tiga.  Maafkanlah.  Tapi aku berazam untuk meninggalkan Picnic-picnic ini di opis agar aku dapat merasa mekanan itu.  Harap maklum.

Taken off the web.  Thanks [HERE]
Gambar mangsa keadaan terbabit.
Maafkanlah, kerana sesungguhnya...
Cokelet PICNIC ini tidak berdosa dalam ini gambar.

KEJADIAN KEDUA/  Biasanya kalau dengan Black Stallion, cucuk minyak ada la average is 80-100 hengget tanpa rela.  Tapi bila cucuk minyak tadi, macam terpegun kejap.  Kalau takkan ada kereta lain beratur dengan sabarnya quite lama mentara aku shopping kat dalam kedai tu, memang la aku pasti akan tetap memandang screen itu sambil menggosok-gosokkan mata ini sehingga mata aku betul-betul menjadi mata Panda sebab celak aku tebal hari ni.  Haha.  Ayat...  Tak reti nak berenti ke?  Koma ke? 

Taken off the web.  Thanks [HERE]
Salah satu contoh muka terkejut.

Uih.  Macam tak percaya beb.  Baru kena 50 hengget.  Aku nak tengok pulak dia tahan minyak 50 hengget tu sampai bila.  Ini betul punya cost saving...

KEJADIAN KETIGA/  Tiada kejadian buruk telah berlaku setakat ini. 

Sekian.


No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...