Watikah hari ini adalah...
Photo Googled |
Saya rasa saya sedang berada di dalam kotak yang tidak dibuka. Ini adalah kerana saya tak nampak jalan keluar dari kotak tersebut. Okaylah. Mungkin saya sebenarnya nampak. Akan tetapi, saya berasa mungkin saya tak percaya dengan apa yang boleh saya bawa ketika saya keluar dari kotak itu seperti saya sebenarnya boleh main bola sepak dan memahami segala peraturan garisan dan penalti, saya boleh memanjat pokok kelapa dengan jayanya rupanyakah, dan/atau saya rupanya tak takut langsung dengan laut dalam bersama segala jaws juga kokodail dan segala garisan yang wujud di dalam semimimpul.
I am not happy.
Jiwa saya kacau.
Saya mengecam diri saya sendiri. Bukan saya tak cam diri sendiri. Tapi kalau diikutkan, saya tak cam dengan apa yang saya lihat di dalam cermin setiap hari. Saya tak sangka saya kelihatan mirip seakan Jennifer Aniston. Cuma bezanya rambut aku adalah tetiba kinting hitam brown-brown dan dia adalah straight kaler blonde brown-brown. Yang lain semua adalah sama, termasuk bentuk body yang terurus ini.
Tolak side skirting kenyataan di atas, saya ada tendency yang amat marah dengan diri saya sendiri. Kemudian saya lost in between. Ya, saya adalah seorang yang deep thinker tetapi blur. Kasihanilah kepada saya. Akan tetapi yang penting adalah niat perlakuan seseorang itu.
Beginilah. Saya rasa macam ada sikit givap dengan kemampuan diri sendiri. Mengambil positip segala teguran namun bila banyak sangat beras yang kita kena bersihkan dalam jangkamasa singkat, pasti ada juga beras tak elok yang tertinggal. Kita kalau terjumpa nasi yang tak elok tu pun kengkadang boleh ditolak ke tepi. It is a normal human error. Akan tetapi, ada juga yang akan ingat apa yang berlaku dan memulakan perkiraan dari titik satu.
Jadi? Takpe lah. Aku nak buat cemana.
Mungkin kalau aku lari bogel orang boleh maafkan aku tak? Tak, orang tak boleh maafkan kerana mereka tertipu. Mana ada body cam Jennifer Aniston. Semua orang tengok, kalau tak bijik mata diorang jatuh, mereka akan muntah ijo selama 3 hari 3 malam. Tapi kalau macam tu, mungkin orang terus boleh lupa yang aku dah saring beras tak betul. Lepas tu boleh kena panggil didudukkan dan diberikan straight jacket. Secara otomatik terus aku dah tak boleh kerja tanpa rekod dalam fail kerja tu.
But you know what? All I need right now is a hug and someone tell me that it's gonna alright.
Sometimes a little lie is good for the heart.
Nadia.Is....
No comments:
Post a Comment