Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan

Watikah hari ini adalah...

Apa nak cerita? Tiada penceritaan. Tiada apa yg baru kecuali PC aku ni makin lama makin slow. Banyak sangat benda kemain ada dalam menatang ni. Kerbau bajak kat sawah lagi laju kut.

Dah memang adat resam. Belum puasa, hal raya dah jadi hal. Bila masuk bulan puasa, cerita-ceriti makin hangat dan akhirnya bila raya, semorang bermaaf-maafan. Betul?

Kalau adat keluarga conventional pulak macam mana? Jom pack up and go for a holiday. Dibuatnya keluarga conventional kawin dengan keluarga tradisional? Jawapannya, masaklah kalau tiada toleransi. Berayalah engkorang dengan sekor tarik muka berjauh hati masa malam raya tu. Esoknya? Mintak maaf reramai. Betul?



From Google



Apa-apa pun, tapak kaki suami tu adalah syurga isteri. Cakap elok-elok ajak berbincang. Jangan baling bantal, pinggan, kerusi mahupun tidur asing. Find an understanding for a win-win situation. Everybody needs to visit kedua-dua belah keluarga. Nobody needs to terpaksa deal with a whole year's worth of pergaduhan extended keluarga gara-gara setahun sekali punya raya. Buat karen je.

Jadi saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan.  Semoga bekalan amal ibadah anda diberkati Allah dan diberikan tiket hidayah yang sempurna.
Tu saja pesanan dari penaja.

Sekian.




Nadia.Is.SalamRamadhan

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails