Watikah hari ini adalah...
Lately ada terasa penat.
Penat otak.
Penat lahar.
Uih. Jangan cerita pasal lahar. Lahariyah namanya. Seakan ia datang dari setitis air mani. (Ni akibat tengok Imam Muda hari tu). Haish.
Macam-macam perangai manusia ni. Macam-macam tugasan yang kena buat. Aku? Tertumuskah? Em. Emmm. Emmmm. I dono lah. Aku tak rasa mungkin aku tertumus kali ni. Aku redahi. Aku redahi lautan dokumen dan email dan perangai manusia yang tak boleh blah...
Ei. Memang perangai tak boleh blah. Kalau ko dengar pun for sure cam... "E'e'ne," sambil pose satu tangan on the bum going, "WateveRRR..." sambil mata bergoling bergoling bergoling bergoling bergoling. Ah. Cukuplah ia bergoling selama 5 kali berturut-turut. Kesian kalau lebih. Lagi tragis kalau biji mata tu bergoling betul-betul. Lagi hebat ko dari Kassim Selamat. *standing ovation*
Bagi deraf surat macam tulang rusuk je rupa. Bila mintak buat balik, dia pulak yang tak rela. Ada ko rela? So, aku ni paksarela ke? Pastu aku pulak yang dikira-kira macam sup tulang. Entah. Aku pun tak paham apa aku tulis ni.
The thing is, I am asking you to learn to do things by yourself. You can't just sh*t and then expect me to build the toilet sekali dengan bidet for you right? That's not nice... Takkan takmo belajar. Kalau aku takde kang cemana... Boleh je tengok deraf-deraf sebelumnya kalau ada nak mencuba memperbaiki surat tu. Yang ada sikit terkesima, aku jugak yang kena balik dari arah yang berbeza. Kata omputeh, double blow. But well, work is work.
I'm just tired. Maybe I need a break sebenarnya. I need to be on a roadtrip again. Mebe. Or, be thinking of something else. Lagi pun sebab tadak hobi. Hobi gue adalah membadak. Haha. Boleh? Apa menatang term membadak tu pun aku tatau. Nak ambik gambar, kang in the end aku tak posting pun. Sebab nak watermark, nak uploadingnya adalah cam... Em. Tunggu ayam jantan bertelur, pakcik...
Iyo iyo lah.
Ni gambar kucing orang sebelah. Tapi suka datang makan kat rumah kitorang. Entah kenapa dia dah tak datang. Mak rindu kat dia.
Rindu sangat.
Khas buat Citrus:
Sekiranya anda membaca ruangan ini, cukup-cukuplah merajuk, cukup-cukuplah pergi berjalan sorang-sorang membawa diri. Kami risaukan keselamatan dan kesejahteraan kamu. Pulanglah ke rumah kerana kami semua amat merindui kamu. Semoga kita dapat bersatu sempena bulan puasa dan raya bersama.
Sekian, terima kasih.
Nadia.Is.Gegegek
No comments:
Post a Comment