Watikah hari ini adalah...
Selamat Berpuasa Hari Ke-10.
So far Abang Long puasa dah 9.5 days. It is such a good number. Very proud of him.
Then semalam we had buka puasa at my place. I made... Daging masak sos tiram, sayur campur and sambal I took from buku resipi untuk makan dengan ulam. Unfortunately, sambal tu tak mendapat sambutan. Mok Teh je sorang je seronok nak bawak balik. Hihihi.
Mengikut buku resipi tu, ada la dia punya sukatan ikut gram bagai. Aku takde penimbang. Apatah lagi sukat. Ikut agak-agak je. Terasa cam otai kat dapur tu. 25 tahun aku duduk dapur tu. Setiap hari 8 kali dapur tu berasap. Macam restoran 24 jam. But at least jadi la jugak. Dan disebabkan resipi tersebut, aku dah tau dah cemana nak buat kuah rojak buah. Sebab kalau aku pekatkan je lagi, dia confirm jadi kuah rojak. Mak Bee menanges gagal perindustrian akibatnya. Aku jadi Mak Ann pulak.
Hihi.
Yang tahu semalam, semorang balik kenyang, takde balance terlebih. Memang dah resam aku kena training ngan Bapak dedulu. Rumah kitorang tidak disertai dengan pelbagai jenis kuih untuk berbuka. Paling kuat pun kurma je. Kalau takde kurma pun, takpe. Tidak menjadi issue bikos kitorang tak berapa makan manis.
So, the rule is that, kalau teringin sangat nak beli kuih, beli SATU je. Kita tahu bila dah beratur juadah tu, kita nak la belikan untuk orang ni, orang tu; pastu kang takut tak cukup so kena la beli buah melaka tu sampai 3 peket. Jenjalan lagi nampak pulak karipap, beli sampai 2 Ringgit. Pastu laksa la, briayani la. Bila balik tengok, Mak ko dah masak 5 macam lauk.
Jadi untuk mengelakkan pembaziran, sila beli untuk makan sorang je. Ini ruling, termasuklah untuk segala nasi ayam, mi jawa yang ko teringinkan sesangat.
Orang boleh menyalah anggap kita ni tak suka berbelanja. Bukan begitu... Sebenarnya aku tak suka nak over stock up my fridge dengan leftover food. Orang pun sebab dah makan penuh-penuh, tak berapa nak bawak balik pun makanan lebih tu walau pun ko paksa sebab nanti jadi penuhkan fridge diorang pulak dengan leftover food. In the end, memasing tak makan jadiknya buang je. Semalam tu pun nasib baik boleh terfikir boleh bagi kucing neighbour depan rumah. Balance, walau tak banyak, terpaksa dibuang. Takat yang nak disimpan pun cuma bekas kecik yang bulat tu je. So, orait la jugak.
Entah apa dalam kepala nak sediakan malam ni. Kita tunggu tengok apa yang Abang Long nak makan lah.
Babai.
Nadia.Is.Cute
No comments:
Post a Comment