Memula sekali, mari layan video lagu ini. [Nganga]
Pada masa umur 20-an, saya telah sangat berpaling tadah terhadap cinta saya dengan Gary. Gary adalah muse saya dalam skrip cerita cinta. Sangat cinta. Dan ketika itu, saya amat berharap Gary tidak membenciku kerananya. Saya sangat beruntung kerana Gary hanya mahir jalan-jalan di Manchester dan tak tau langsung bagaimana hendak ke Shah Alam jadi saya berada di dalam keadaan selamat.
Ketika 98Degrees hendak ke Malaysia, saya telah memaksa kawan saya tolong belikan kaset [Ye. Gelak, berdosa tau!] untuk menukarkan pembelian tersebut dengan tiket masuk ke show di Sunway.
Dan ketika saya di situ, saya menanges. Saya menanges sesangat. Sesangat menanges. Nanges dan nanges.
Penat tak?
Padan muka korang.
Haha.
Walau pun Nick Lachey sesangat hot [sekarang dia makin hot!], Jeff Timmons LAGIII LAH hot... [sekarang, dia, macam mamat omputeh yang dah tanak buat apa-apa dan tinggal kat tepi pantai Siam] dan Justin Jeffre tu tolonglah tak langsung walau berapa kali dia kaler rambut dari coklat sampai ke platinum blonde pun takkan ada beza pun - forever [so, ada aku kesah sekarang ni dia buat apa??]; aku berasa Drew Lachey tu agak dekat di hati sebab dia tak lah tua sangat dan sedang-sedang je dengan diri I ni. He he.
Okei-okei lah. I izinkan u'olls muntah. Sekarang.
Getik gila kan? Haha.
Eniwei. Aku telah menjerit sekuat hati:
"MARRY ME DREW!"
"PLEASE MARRY ME!"
Amacam. Kuat tak? Haha. Ngok. Sangat, kan? Haha.
Tapi dia terlalu sibuk untuk ambil tahu. Dia kan tengah bekerja tu. Mana nak layan pinangan tulus suci murni dari tangga audience? Yang paling best. Minah yang dok sebelah aku tu, muka dia, ada tinggal nak lempang aku je tu kalau tak disabarkan oleh ketakwaannya kepada tuhan. <----- Okei. Itu ayat... SANGAT TIDAK boleh blah... *tepok dahi*
Oleh kerana Drew terlalu sibuk dengan mengejar impiannya, dia telah kembali ke pangkuan record labelnya di Amerika selang beberapa hari kemudian. Maka aku menyurut hati dan membawa diri begitu saja. Haha. Bongok tak ayat aku ni?
Baiklah, dengan harapan u'olls telah membaca karangan ni secara terperinci, mari kita tengok jika anda benar-benar faham.
Sila jawab soalan yang diberikan di bawah...
Soalan Sijil Rendah Pelajaran:
Berdasarkan senario di atas, maka siapakah yang untung?
Tolong jangan berikan saya peluang untuk membuat anda gagal ya.
Sekian.
PS: Gary, lu memang tetap di hati gua! [ketap bibir]. Bukan niat ai nak berpaling tadah pada you. Percayalah... TAKE THAT is oweis namber wan. Hehehehheeh.
1 comment:
yeap.luv take that toooooo
Post a Comment