Selasa, 2 Ogos 2011

Nak noti sikit boleh?

Watikah hari ini adalah...

Semalam dah mula puasa.  Hari ni adalah puasa kedua. 

Abang Long puasa sampai terlepek sendu sebab balik rumah terus pi main beskal tak hengat punya.  Last-last terbaring ngesot dia.  Kesian.  Mak pulak lupa dia puasa.  Boleh?  Haha.  Dugaan Abang Long lah tu.  Kesiaaaaan dia... 

Eniwei, dowan to menceceh so mach.  Ai no I feeling-feeling sikit ni.  Ai kenot sey bikos ai puasa mah...  Kenot tok so mach. 

So I let you into the link that my sister was telling me to go see.  Gila sakit perut.


Bagi yang budak baru belajar, sila letakkan tetikus anda di perkataan kaler biru itu dan left click untuk terus ke blog link tersebut.  Memang Cik Siti Senduk la yu ni...  Aww...  Itu pun ai nak kena ajar...

Lepas tu kita pikir apa nak makan untuk berbuka hari ni.  Semalam ai berbuka kat rumah mother-in-law ai.  I bawak air teh bunga - feveret tu.  Lepas tu Abang Long nak ciken wing.  Then nampak murtabak, aku beli la jugak.  And then got the popiah francais tu...  Popiah pun dah francais sekarang.  Jangan memain u'olls...  Semua beli kat Gerai Ramadhan Section 2. 

Ciken Wing sedap.  Dia ada dua gerai.  Next to each other je.  Kiri dan kanan.  Yang kanan tu sedap.  Ciken Wing yang bukan kaler oren fluorescent.  Harga dia RM1.50 satu ciken wing.  Kalau beli 10, dapat murah sikit kut.

Pastu tu, air teh bunga dia, okei-okei je lah.  Sebungkus singgit.  Gerai depan kat tepi kedai runcit mamak tu.  Then sebelah gerai air tu ada gerai jual kuih.  Aku tengok semalam kuih dia macam tak best je.  Macam buat dalam keadaan tergesa-gesa gitu.  Ye lah.  First day pun kan.  Sebelah gerai kuih tak best tu, kat situ aku beli popiah francais.  Satu gulung singgit.  Best. 

Then sebelah gerai popiah francais tu, ada gerai murtabak.  Ada sorang tukang masak dia pakai uniform dapur kaler putih.  Yang itu.  Okay gak.  Semalam aku beli 2 daging, 1 ayam kena RM7.00 lebih.  Kat situ je habis RM23.00.  Okei lah.  Tapi lagi mahal aku kena bila kena tarik masuk dalam kedai runcit mamak kat tepi tu!  Woohoo!

Walau bagaimanapun, belum apa-apa pun aku terasa teruja sebab aku rasa agak tepape pagi ni.  I suppose it's just one of those days.  Cik Adik pun dari simpang depan rumah dah sebut, "Taknak" (senyap) "Taknak" (senyap) "Taknak" over and over again dan mula nak nangis bila makin dekat simpang nak masuk sekolah dia pagi ni.  Aku, sengal.

Rasanya macam nak beli popiah tu lah lagi hari ni.




Ooooohh....  Kuew teow kerang ke...




Nak jugak Buah Melaka.  Yang ada semalam macam dah lenyur.




Nak jugak air bunga tu!  Nak jugak!  Nak jugak!  [Nak baju koboi...  limaaa]




Tapi kalau dapat air tebu fresh pun best jugak!  Yang datang dengan batang tebu tu sendiri pastu masuk mesin shreeeeeeeet...  shreeeeeeeet..... Yang machiam ittew.




Tapi bila tergoogle tengok yang ni pun machiam best!




Ni hah!




Tapi aku rasa aku paling bahagia kalau dapat piaw Masak Lemak Cili Api yang pedas.  Ye lah.  Aku masak untuk bebudak je kat rumah so tiada Cili Api dalam itu Masak Lemak. 




Hmmm.  Aku noti ke?  Hi hi hi.

Tak.  Aku tak noti letak genggambar bebanyak ni.  Aku adalah inspirasi, namanya.

Sekian.  Selamat mencarik resipi dan kawasan gerai untuk membuat magik.  Ye lah.  Masak tunjuk, kan...?

Oh.  Sebagai tip untuk tidak terlebih beli mengikut nafsu mata dan tekak memasing...  Sila apply apa yang Bapak aku ajar.  Walau pun family ko ada 18 orang, setiap kali membeli, sila beli untuk diri sendiri saja makan.  Percayalah bahawa kuih 3 singgit yang ko beli sebanyak singgit tu, cukup untuk semorang.  Sebab in the end ko tak jamah pun, or orang lain tak jamah tapi ia menjadi rezeki ko yang punya.

Salam Ramadhan dariku heart to heart.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails