Isnin, 28 Februari 2011

Abang Longan

Watikah hari ini adalah...

Today so far is a good morning.  Entah apa kena entah, aku telah mengutip segala sampah dalam keta.  Depan, tengah dan belakang.  Korek setiap celah compartment.  Yang paling best, aku telah juga menfebreezekan kereta tu.  Sikit-sikit.  Sikit-sikit pun jadi la...  First time dalam sejarah sampai extent gitu. 

Kerja pun... tidaklah merapu. 

Teringat pulak nak cerita.

Kelmarin I went to Abang Long's school nak ambik tag nama dia.  Tengah nak turun kereta tu baru perasan I was out of cash.  Korek punya korek dalam keta, dapat la 7 keping duit singgit.  Dalam hati rasa-rasanya cukuplah kut sebab ingat-ingat lupa agaknya benda tu dah berbayar dari sebelum sekolah bukak tapi sampai la ni tak berambik. 

So I went up to the co-op and asked for:  ABANG LONG

Makcik tu berkerut jap.

"Tahun berapa?" 

Aku menjawab.  Masih makcik tu pasang muka memikir.

"Takde pulak nama tu.  Yang ada, ABANG LONGAN je."

Aku pulak berkerut.  Dalam hati, "Sesukati je...  Mana ada orang nak letak nama anak dia macam tu..."

Sekali Makcik tu keluarkan slip permohonan itu.  Memang dalam tulisan aku tu aku tulih ABANG LONGAN.  Tepok dahi sesangat.  Bongokkan?  Tak pasal Makcik tu glamer dapat pahala khas dari aku. Haha.

Ye.  Maafkanlah.  Aku nak tulih amat laju sampai nama anak tu bergabung ngan nama Bapak budaknya.  Isk.  Dah jam tu pun berapa banyak kali la kena tulis nama budak tu penuh-penuh kan...  Terus Makcik tu tanya apa nak buat.  Abih, nak buat cemana pulak kan?  Booking aje lah name tag baru...

"Enam ringgit ya," kata dia.  Maka duit aku pun tinggal la singgit...  Sampailah tetiba Abang Long terconggok kat tepi Mak dia sambil menghulurkan duit 20 sen dengan, "Mak, I want kertas warna and kertas lukisan ...bikos hari ni I ada Pendidikan Seni."  Duit 20 sen boleh dapat ke Abang Long ooooi...??  So Mak dia pun balik la dengan duit 40 sen...  Tsk.  Macam sedih je perasaan tu.  Anak aku lagi kaya dari aku.  Anak aku ada 2 ringgit.  Kaya tu...


Taken off the web.  Thanks [HERE]

Khas buat Minah KK.  Sukalah dia nengok ni.
Mangkuk tak?



Pastu aku nak kena beli baju sokan baru untuk dia.  Jadual waktu baru, PJ dia back to back.  So mentara tu pun ada hati nak tanya Makcik tu. 

"Baju sokan berapa ringgit ya?" 

"Empat belas."

"Oooo.  Takpe lah.  Lain kali." [Sedih]

Al-kisahnya, aku pun pergi la carik ATM, makan dan vroom kembali ke sekolah untuk baju sokan itu.  Macam sedih tak?  Haha.

Then my SIL was telling me when Abang Long jumpa dia the next day:

"Memi, do you know why my baju takde hitam-hitam today?"

Ye lah harus.  Dah orang tu kan pakai baju baru...  Mestilah tak hitam-hitam...  Kan...?


Okeh.  Dahlah.

Bye!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails