Thursday 26 July 2012

Abang Long Sakit Perut

Watikah hari ini adalah...

Sepanjang Ramadhan ini, Abang Long telah mendowngradekan sendiri duit perbelanjaan sekolahnya kepada seringgit sahaja.  Katanya dia selesa dengan jumlah itu.  Masih ada makanan/minuman yang dapat dibeli pada harga tersebut, pada kadar minimal.

Kurang dari 15 minit tadi, anak saya baru saja call saya menggunakan public phone sekolah.

Dia kata dia sakit perut.


Mak : "Sakit perut lapar or sakit perut nak buang air besar?"

Anak : "Em. Sakit perut bunyi-bunyi kuat-kuat banyak-banyak kali"

Mak : "Awak ada duit tak?"

Anak : "Takde"

Mak : "Hm. Then try asking your cousins, pinjam ringgit diorang dulu boleh? Nanti kita pulang balik. (Pause) Eh. Awak guna duit siapa call Mak ni?"

Anak : "Guna duit I lah Mak. Sekarang duit I dah habis"


Nota Kaki

Sanggup berpisah ringgit semata mendapatkan kebenaran Mak untuk berbuka. Mak berasa sungguh terharu. Semoga dapat dia meminjam ringgit dari sesiapa untuk berbuka. Paling tidak pun, berkongsi sedikit bekal, sekiranya ada dengan sesiapa.



Nadia.Is.Bertuah

No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...