Friday, 18 November 2011

Midnight Dreaming

Watikah hari ini adalah...

Malam tadi Abang Ngah terjaga terus menjerit tengah malam.  Mimpi.  Aku dah lah memang agak skema dengan perkara-perkara macam ni.  Sebelum tido pun entah dah berapa round ayat dah kitorang baca.  Itu pun bukan dengan sengaja sebab habis je round one, sorang mula balik melompat dan menghaiyak Emak serta kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.  Baru je nak mula baca balik, mula pulak diorang ni dengan...

"Ai nak kol Papa...  Ai lindu Papa..." 

"NO - Abang Ngah! AI nak kol Papa!"

"Huk! Huk! Mak, ai yang paling dulu la nak cakap dengan Papa...  Sekarang semorang nak tiru ai..." *rentan*

Ye lah.  Bacalah kendian for second round.  Habis je, Papa baru kol balik sebab he didn't pick up masa we tried the first few times.  Dah habis tu, bacalah untuk round ketiga.  O.  Ini bermakna, kami telah membaca 3 round.

Okaylah, sambung.  Abang Ngah terjaga sambil menjerit di tengah malam tadi.  Terus aku tarik phone tengok jam, it was midnight.  Lega dado.  I thought pukul 3:00pagi.    

"Kenapa Abang Ngah?  You mimpi ya?" 

Dia angguk, "Ai mimpi." 

Peluk-peluk, tepuk-tepuk, tido balik dedua.  [Ye, dedua.  I stretch one side of my arm and one sleeps at the corner of my armpit, while lagi sorang to the extended free area of my arm.  The other one, dapat jari Mak pun jadi.]

Pagi ni when everyone woke up aku pun tanyalah sekali lagi. 

"You mimpi apa malam tadi?"

"Mmm.  I mimpi ada toyol, kaler hijau." 

Please bear in mind, we do not like to educate our kids with cerita horror berbagai.  Sebab kita tak bercerita begitu, kita takde la nak describe jenis-jenis jin yang terkenal di gugusan kepulauan Melayu.  But then again, ada movie Melayu yang nama dia Toyol, kan???  Okay nemind, sambung.

"Toyol, bang?"  

"Ha'ah.  Dia kaler hijau."

"Dia kejar you ke, bang?"

"Tak, toyol tu buat kelakar" [Boleh?  Tapi kan awak menjerit...]

"Oh.  Lain kali kalau ada mimpi yang tak best, Abang Ngah kena sebut kuat-kuat - 'ALLAHUAKBAR!' - okay?"

Dia cuma mengangguk je.  I hope he gets me. 

So maybe mulai sekarang, kami semua sekeluarga kena tido pakek stokin.

Eh, eh.  Kenapa aku baru perasan malam semalam was malam Jumaat sekarang?  Interesting.  Nak kata aku balik malam sangat semalam pun tidak.  But oh, I did only leave the office dah lepas azan Maghrib malam tadi.  So mebe lah. 

Then, nampak ni semalam dalam newspaper masa dinner kat lumah Nenek.  Kata orang zaman Millenium sekarang ni, 'SHARING IS CARING' nox... 

Macam menarik tertarik je.  Two places, in Damai Laut and lagi satu kat Kuantan.  Harga pun RM525++ / RM588++ for 3 days / 2 nights package tu. 


[Click on photo to enlarge; khas bagi mereka yang mempunyai
masalah patah hati, gatal-gatal, kerengsaan, pelbagai jenis
rabun pengelihatan, lagi-lagilah rabun ayam]


Tapi sekarang ni musim hujan.  Maybe that's why.  But I oso not sure on the validity period.  If you're interested, can go carik yesterday's paper la or click HERE for the Swiss-Garden webpage.

Dah, babai u'olls!

No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...