Watikah hari ini adalah...
Hari ni hari Jumaat. Nak tanya u'olls ni. You rasa apa you buat kat ofis tu berkat tak duit yang dapat balik?
Kengkadangkan ada kita tak sedar dengan buat kerja memain dengan banyak bergayut tepon, cuci kaki gebang workstesen ke workstesen, dok lelama dalam surau, jap jap keluar ofis gi minum lelama. Ada gak yang beli kuih untuk miting, mintak kuih lebih sebab nak tumpang makan sekali. Gitu memang ada. Ada gak species yang buat kerja bila kita terjah, baru tau yang dia tak buat apa-apa pun. Takde hati pun nak buat kerja. Buat claim pun main staple je. So kalau takde hati, kenapa awak bekerja? Dan pekerjaan itu berikan kepada kamu untuk apa ya? Mungkin awak tidak memerlukan pekerjaan tersebut untuk menjalankan tugas dengan sambil lewa. Bagus lagi kita bagi kerja tu pada orang yang mahu bekerja dengan bersungguh-sungguh.
So, nak tanya ni. Berkat tak rasanya duit gaji tu? Jadi sekiranya kalaulah dibuatnya kita punya job redundant for a period of time, belilah keperluan pakai kat ofis tu dengan duit sendiri. Sedekahkan sikit. Kasi berkat. Samaada itu, atau pun boleh je menanyakan pada pejabat kalau ada perkara yang boleh dibantu. At least, ada la effort towards productivity tu sikit. Nampak sikit good potential that you want to try.
Kengkadang kita lupa yang duit yang tak berkat ni boleh membuatkan kesusahan kepada anak, keluarga dan diri sendiri tanpa kita sedari. Itulah yang ada pada ketika yang tiba-tiba harta benda kita rosak atau dicuri, semuanya sebab sebenarnya ia semua diadili. Oleh itu, jangan komplen bila ada kekurangan yang berlaku. God is fair, it's only you yang tak sedar. Tu jugak sebab bila ditimpa musibah, jangan komplen. God is teaching you a lesson and it will repeat itself sampai you understand and realize it.
Sumber Kan dah payah nak lajak kalau Allah ikat walau sikit rezeki kita? |
Jadi dengan ini, bersyukurlah yang kita ada pekerjaan untuk menyara hidup maka bekerjalah dengan betul-betul agar usaha rezeki kita itu berkat.
"Rasalah segan untuk menerima bila kita sendiri tahu kita tak patut menerimanya kerana tiada usaha."
Salam Jumaat.
No comments:
Post a Comment