Watikah hari ini adalah...
Hari tu kitorang ada pi kedai video. Abang Ngah dok ngaruk nak VCD Ultraman. Ni nak bagi scene otromen tu jugak. Sama ada adegan Mak dia mengfirenya atau pun dia terjah jatuh rak-rak tu satu kali. Haha. Okei la. Tipu. Kami anak-beranak adalah orang baik-baik belaka. Haha.
But he was so persistent. Nak jugak. Nak jugak. Nak jugak. [Macam masih terngiang-ngiang je nih. Haha. Over.] So Mak pun tengok. Harga citer macam ni pun nak makan puloh ke?? Okei la. Ada yang tak sampai puloh. Aku dok tertumpu tenggek tengok kat kotak clearance.
Maka aku jumpa la satu... Setakat RM12 je, okeh la tu. Murah pun ya. Elok le dari yang puluhan hengget tu. And Abang Ngah tu tak pedulik pun Otromen Taro ke apa species pun. He was happy enough dapat movie keturunan Otromen, apa-apa pun. Maka, dia pun tergolek sukahati dan aku telah menjadi the best Mak in the world pada ketika itu. Haha.
Dah tu pasang laaaa.... Keluar la suara-suara. Mula-mula sayup-sayup je. Lepas tu makin lama makin menjadi, "Eh. Ni bahasa Otromen ke???" Makin lama makin konpius!
Sebab bahasa menatang apa sepatah haram pun tak paham. Setting punya setting, sama je. Abang Long dah pening. Aku dah paksa mujuk sesungguh Abang Ngah soh tutup. Tapi dia tak pedulik. Dia nak jugak. Nak jugak. Nak jugak! Drama genting pulak jap tu.
Ko nak tau kenapa...???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
...Sebab... citer Otromen dia tu... dalam bahasa CINA! Saper yang paham??!! Patutlah murah nak mampus dari harga VCD yang lelain tu....
Sungguh jahat VCD itu |
No comments:
Post a Comment