Watikah hari ini adalah...
Hari ni aku biasa-biasa je. Just routine tanpa apa yang jumping hormones. Mungkin sebab idung aku ni masih tersombat. Mungkin la. Bunyik macam aku begitu tenang kan? Haha. Macam tak percaya je. Jangan kata kau. Aku pun tak percaya!
Tadi nak keluar around lunch. I walked to the car, couldn't find my keys. Had to walk all the way back to my desk to take them and walk another round back to the car. Then from the office to the bank. From the back to the municiple county's office. Ceh. Bunyik macam bagus kan? Aku pergi MBSA tadi nak membayor saman.
PERTAMA/ Macam mana nak sebut ni ek... Sometimes we just have to give in. Kereta orang lain pakai but the vehicle is registered under our names. Then pegi la park merata. Bila kena saman, tak reti nak membayor. Sapa tukang bayor? Sapa? Sapa? SAAAPAAAA??!! Uiks. Aku bengang ke ni? Hmph. Entah. Takde perasaan. Kematu dah. Cakap pun nanti jadi issue. Tak cakap, makan hati. So? Sedapnya hati ni. Meh makanlah lagi.
Pengajaran: Reti-reti la nak bertanggungjawab. Kalau pun kita yang memarking keta tu kat taman orang main bola, kena saman sebab parking bukan kat tempat parking, kalau itu pun keta Mak Bapak kita sendiri, please, tolong, pergi kasik settlekan. Awak tu dah besar panjang. Jangan la nyusahkan diorang. Kena saman pun kat padang bola. Sapa lagi yang marking kat situ. Oh bukan ko ke? Oooo... Mak ko park kat situ eeek. Nak melepak. Lama tak jumpa geng. Jadi Water Girl. Ye lah. Nak support Bapak-e yang tengah men bola tu. Biasa la. Boring-boring, pi la men bola kat padang tu. Gitu?
Tapi dan-dan terkena kat batang idung aku gak. Dah nama keta pun bawah nama... So, apakah... Tak semena-mena kena RM80 after diskon. Samannya kena bila? Nak tau? Tahun 2000. Yezzzzz.
Last year pun I settled quite a lot. Aku ni tak suka bila my name is in print for any outstanding. Sang-ngat tak suka. So, masa aku dapat bonus tahun lepas ko tau apa first thing aku buat? Aku pi bayar saman... Saman yang aku tak buat. Saman yang tertera since years 2000 etc. Saman yang kalao korang tengok pun jatuh pada ketika kereta itu telah dimiliki tetapi tidak digunakan olehku during that duration. Nak tau berapa tak? RM700 hengget kesh. Macam lahanat tak? Tapi nasib baik lah dapat 50% diskon. Maka aku bayar la RM350 je. But still... If the kesilapan bukan ko yang buat, perasaannya adalah sangat tragis. Maka, makanlah hati lagi.
KEDUA/ Konter kat municiple county tu bukak punya la lagi banyak dari konter CIMB Bank. Jumlah kehadiran adalah... Jam tu, aku seketul je. Pastu mai join lagi 3 orang. So, what do call that? Kalau ko dok buat calculation algebra pun takkan tally. You know what I mean la kan...
KETIGA/ Membayor le sekali duit cukai pintu. Nasib baik je cukai pintu. Dibuatnya ada cukai dapur, cukai bilik air, cukai spender besi? Elok dah tu... Keluor lagik ringgit malaysia nya.
So maka aku kembali ke opis yang serba sejuk ni. Sejuk-sejuk pun ketiak berpeluh gak masih. Apa kes? Oh. Sorrie. Don't ask me. I, no dokter, you know. I only typing-typing berry-berry hard every day. What you know? You know only reading-reading every day.
Ish. Claims tak buat lagi. Dah print supporting tapi tak tercoret sehurup pun atas kertas claim tu. Tak lah. Aku tipu. Dah buat dah sikit. Uish. Sheet. I just remembered something more important than all of that! Aku belum prepare PMS aku lagi. Dateline is esok without extension.
Tahniah Minah...
Sila bekerja dengan telus, ikhlas dan saksama.
Sekian.
No comments:
Post a Comment