Watikah hari ini adalah...
Tadi aku telah menulis tentang how sometimes we forget to value who are important in our lives. Tapi aku tak merasa puas. Bahang di dada ni masih membara. Membara kah? Ye.
Pijaran berterusan dari entries Tijah dan Desert Rose.
Dari blog si Tijah ni:
Ada ka RM300 dia boleh expect boleh cover the whole month? Apakah dia ingat ni zaman batu ka? Lu nak bagi RM300 and expect to habis sampai hujung bulan, pi la pindah dok dalam hutan.
Dari blog si Desert Rose pulak:
Lelaki ni kenkadang memang tak bertimbang rasa, tiada hati perut juga tidak adil. Tidak semua aku kategorikan begitu. Alhamdulillah kepada rahmat rezeki yang diterima dan mudah-mudahan ia berkekalan dengan kekuatan kasih sayang. Tapi mereka yang telah dilamar emosi bergelora, lain jadinya cerita. Tak pecayake? Pi baca blog ni.
Isteri adalah untuk berkasihan. Teman sebantal. Bukannya cuit bila perlu. Bukannya arah bila malas nak tutup lampu. Isteri jugalah penjana generasi anak cucu. InsyaAllah sekiranya itu rezekinya.
Ish. Penatnya pulak bila nak nulis sambil marah. Fuh. Amek napas jap.
Belanja mau berkira. Mentol terbakar kat dapur tak mau diganti atas alasan bukan dia yang duduk di dapur tu. Belanja orang lain tu tak apa. Belanja sambil lewa. Beli barang merepek ikut sedap dihati sebab murah. Ye lah. Bermurah hati pun. Siap bayarkan duit keta bulanan orang lain. Isteri sendiri bila tersangkut, katanya sila punca sendiri. Ye. Bila minta duit belanja sekolah anak pun menjadi masalah. Berkira. Then sayang bini, jom binasakan sebab pompuan lain lagi best. Keja bini tu pun elok dok rumah, masak, cuci jamban, jaga anak walau si bini tu pun keje di siang hari. Sebab si bini tu pun takde masa nak pretty pretty herself up, mata lagi lapang menjana yang diluar sana. Pompuan kat luar tu pun tengok kalau orang tu mampu, keta besau, jam branded, walau orang tu laki orang pun dia nak sapu. Ye lah. Nampak stable dan mature. Ceh. Mature kunun... Bluek.
Aih. Subhanallah. Kifarah adalah sangat besar. Anak adalah amanah. Tolong jangan menyusahkan mereka ketika membesar. Berat bahu memikul.
Kalau sikit-sikit bini sound tu, cukup-cukuplah. Bila out of sight, you're out of mind. Don't expect you go sukati, you come back sukati, you get full treatment from your family. Dah you invest pun only like what... 13% of effort abih tu nak 155% return. Even bank pun tak menawarkan servis begitu. Gila apa? Abih bila orang tadak hati nak layan, mulalah membuka selebar mana perkataan dalam kamus mahkamah syariah.
How can these selected men be so cruel to the ones yang berhak untuk mendapatkan jejaka itu? Orang yang berhak mendapat perhatiannya. Orang yang berhak mendapat kasih sayangnya. Orang yang berhak mendapat perlindungannya. Orang yang berhak untuk berada disampingnya.
Sometimes kita tak nampak apa yang kita buat. Isteri yang sabar bila mula bercakap dia kata kuat membebel, reason to force him to be out of the house. Kata isteri tak layan. Kata isteri tak sayang. Mau nak ngadap dia je. Tapi dia tak mo ngadap isterinya.
Bila pulak anak super excited nampak dia, anak itu adalah nakal. Anak itu adalah mengikut perangai ibunya. Anak itu adalah mengikut perangai keturunan ibunya. Bila anak meminta perhatian dengan membuat perkara bukan-bukan, anak itu adalah tak makan saman. Ibunya pula yang tak keruan bila dituduh tak pandai jaga anak.
Ada juga yang naik tangan, naik kaki, naik hangin yang amat dasat sekali. Taufan. Curik barang bini pun ada. Curik hak anak-anak pun ada. Entah berapa panjang nyawa pinjaman ni diberikan. Janganlah sampai terkejut orang bila dah meninggei tu tetiba ada pulak bini extra, anak extra, bank hutang piutang, ah long segala yang memohon hak mereka. Lagi sakit jiwa bila tau rupanya dok belanja, belikan harta benda untuk orang bukan ahli keluarga sendiri. Sedih wooo.
Entahlah. Orang sekarang. Lebih banyak dugaan. Lebih banyak cabaran. Tapi begitulah.
We all have a choice to do or not to do. It's all... what you decide.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ni Je Yang Ada
Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update. Tak tau apa nak update. Ada ke orang baca blog ni? Dah takde dah gambar-gambar beb...
-
Watikah hari ini adalah... Welkam 2020. Pelbagai jenis emosi berbait, berbolak-balik dalam tempoh berapa bulan ni di tanah airku M...
-
Watikah hari ini adalah... Lama dah aku tinggalkan blog ni. But I come back. I wonder, ada ke orang baca blog ni lagi? Kengkadang aku d...
-
Watikah hari ini adalah... Hari ni saya sakit tekak dan macam kurang sihat. Saya rasa mungkin sebab saya lupa nak cuci kepala sebab kena h...
4 comments:
sayyyy it, gerpren!!!!
I rest my case....
Memang depa suka buat benda-benda funny.. Hehehe..
Salam kenal NADIA.
Itulah dia bila datang perangai. Ada orang kata dah buat tabiat. But still got yang dah memang menjadi tabiat dia. Yang itu... Sedih punya case lah.
Salam kenal AZIEAZAH-AA. :)
Post a Comment