Aku pening hari ni. Mata rasa bengkak. Aku tau hormone aku lari. Lari sesangat. Belum nak pi jumpa doctor je lagi. Next week, hari tu dia pesan suruh datang jumpa dia again. InsyaAllah nanti aku sampai sana balik.
My concern had always been betapa tidak atau kurang concern dengan insurance medical card.
Yang aku maksudkan, ini bukanlah dengan apa yang kompeni bagi benefit kepada staff. Ini adalah personal punya. Sendiri bayar bulanan, bukan harap kat kompeni mahupun EPF, SOCSO mahupun FAther & MAther.
Hanya sebagai contoh, Medical Card dari Prudential
Truthfully, I dulu pun rasa macam beban je nak bayar. Dah tetua bangka camni baru amik. Premium pun mahal. Tapi as I grow older I am more aware, lagi tua, lagi banyak penyakit. Dan kiranya aku rasa bertuah aku ada own personal medical card sebab nanti jika rezeki umur aku panjang dan tidak bekerja, aku tidaklah menyusahkan orang and I get myself covered. Aku pun takkan tau rezeki aku macam mana and whether or not ada orang yang sanggup nak jaga kederat kesihatan dan perbelanjaannya kalau aku sakit nanti.
Pendapat aku adalah begini:
SATU/ Insurance Medical adalah harus untuk perlindungan diri/spouse/family
Zaman sekarang ni makanan semuanya fast. Semua nak instant. Selalu berkejaran masa. Kita banyak stress secara langsung dan secara tak langsung. Makan pun fast je. Telan pun fast. Ye lah. Lifestyle sekarang ni pun banyak tak sihat pun. Bawak keta dan motor pun super fast... Nak kena kejar masa. Nak kena banyak berseronok untuk melegakan bebanan dibahu la kata, lagi kerap dari biasa sehingga menjadi luar biasa. Yang berseronok tu lain citer. Yang kena cicir kat rumah dengan sakit dada tu pun lain cerita.
Kenkadang kita lupa nak simpan untuk family for a rainy day. Dan kalau dapat pun, cukup ke tak nak cover apa-apa yang patut?
Sediakan payung sebelum hujan; kalau tak nanti tenggelam.
DUA/ Education Insurance untuk anak juga adalah perlu
Sekiranya kurang kemampuan untuk mendapatkan personal education insurance, there is always SSPN. Itu pun sama juga function dia. Education Insurance ni dia adalah sebagai savings untuk future education fund anak kita di mana kebiasaannya ditetapkan pada umur 18 tahun baru dia boleh digunakan untuk sambung belajar. Coverage untuk hospitalisation juga diberikan untuk relieve financial burden sekiranya perlu. Anak pulak lepas umur 18 tahun tu, dia ada option untuk sambung je terus insurans coverage itu atau pun nak buat pilihan lain selepas itu.
There would be times yang anak mungkin kena hospitalise mencecah beribu. Of course kita cuma harapkan yang terbaik, tapi apa yang terbentang di hadapan kita tu, kita takkan juga tau rezeki dan dugaan yang mendatang.
Apa akan jadi bila isteri/suami tidak bekerja, allocation tahunan untuk medical atau hospitalisation benefit si suami/isteri habis? Haaa... At least kalau ada personal punya, you boleh claim medical board fee balik dari insurance personal tu, walaupun anak telah dimasukkan ke dalam hospital menggunakan insuran kompeni.
TIGA/ Maaf, sila jangan salah faham
Tidak. Aku tidak menjual insuran. Tapi aku sertakan links at the bottom of this page for your reference. Tengs.
Aku faham ada terasa bebanan on monthly expenses. Ye lah. Sorang anak dah berapa hengget. Belum lagi tiga empat lima enam tujuh orang anak. Belum lagi diri sendiri. Laki bini. Haa... Tapi benda ni perlu. Option for SSPN pun dah ada kan... Dapat tax relief lagi tu tau.
Ginik la, kita kena forward thinking dan bukan live in a moment. Kalau nak live in a moment, boleh... Lepas tu ko layan lagu U2 setiap minit. Ala. Lagu 'Stuck in a moment [and you can't get out of it]'. Mentara tu nak joget joget pun dah tak boleh kut.
Ni pun aku terpanggil nak menulis bila aku baca blog yang Tijah updatekan pagi ni. Aku pun membaca sikit untuk mengurangkan cuaca yang mendung ni. Blog dia menyentuh about Sebelum Terlambat. Harus dibaca sebab macam tu la senario bila datang complication penyakit. Kalau dah sakit, kritikal, benda ni memang dah tak boleh dibuat memain.
So please. Kalau ko nak contact untuk insurance, tolong bagitau. Aku boleh bagi. I only can say that the best one yang user friendly for me, is Prudential.
Links for Reference:
- Blog Tijah
http://dikja.blogspot.com/2010/05/sebelum-terlambat.html
- SSPN
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan/borangSSPN
- Prudential
http://www.prudential.com.my/
Renung-renungkanlah keperluan ini.
2 comments:
yes.prudential please.i hv for all the anaks.but for mak dh terpaksa benti....but i sign for the penyakit wanita itu.hehhe...jadilah sedarai takde.
thanks for the info..kalau cukup dana mayb aku akan sambung balik.ngeee
Dulu pun aku amik yang PruLady tu jguak. But surrendered bekos aku rasa rugi tak amik mainstream punya insurance. Baru je like last year.
Rugikan? Lagi tua, lagi tinggi premium kena bayar. Belum lagi kalau ada penyakit...
Post a Comment