Tuesday, 20 April 2010

komposisi heavy mental

Aku sedang berada di dalam keadaan TIDAK terurus.  Rambut, jangan citer.  Muka, macam panuntata.  Sebab aku kepenatan, kekurangan tido yang amat dasat sekali.  Lapar?  Ye.  Tak payah cakap.  Dah habis sekampit cashew nuts yang beli kat petrol station pagi tadi aku telan.

Sedang-sedang membuat carta top 10 aku yang tak sesiap as in complete semuanya bereh, aku telah menchattingkan diri aku dengan pelbagai jenis status dan BBM sampai aku menjadi lebih tidak terurus.  Tidak.  Semua itu tidak berjaya mencelikkan aku.  I am at the brink of really sleeping right now.  So this is what I'm gonna do...

A friend had her status updated pagi tadi:

Status
Am watching Lifestyle's programme, "Extraordinary Breastfeeding".  Yes, firmly believe that Breast is Best but for an 8-year old???  Erksss.

The Comments:
Me: You've got that right!  Total Erks.  Tak benak ke budak tu nanti?

Updater: Budak tu kata "I don't think anyone should ever stop breastfeeding!" Amik kau.

Me: Lagi Erk! Laki ke pompuan anak dia tu?  Aish.

Updater: Haha! Pompuan. Penuh satu sofa tu noks.  That's it.  My son will be weaned right this very minute!

Updater: OMG!!! The dad joined in!!!! **pensan**

...And the thread gets longer la...

Ei apa da.  Sapa da tak pensan?  Breastfeed sampai 8 tahun??  Mende...

I have by now, settled 3 meeting arrangements, 3 org charts, a few items for signature, arranging flights and printing things.

Still sleeping through the day.  I kenot open my eyes.  Anak tido berkawad malam tadi.  Kiri kanan kiri kanan kiri kanan kiri kanan.  Tido pun boleh rasa pancit.  Apakah...  Kalau aku sorang macam ni, for sure musti ada spesis lain juga yang macam aku ni.  Confirm ada sorang la hari ni kat Port Klang tu.

But what would be the binatang matching to me right now, right this very minute?  Macam cipan, tapi bukan...  Itu jawapan kurang tepat.  Ia adalah kushin.  Sila ikut murid-murid.  Apa nama menatang itu?  Nama dia adalah Kooshin. 

Teringat pulak semalam masa on the way nak fetch Ammar from school.  Elyas said,

"Mak, I think I want to eat that something Abang Ammar buy from school.  That chipodut." 

"Hah?  You cakap apa ni?  Apa tu?"

"The chi.po.dut."

"Hah?"

"Chee po duk."

Makin lama makin berdifferent version pulak jadinya ek...  Lama jugak aku kena concentrate sebab aku sedang multitasking melakukan beberapa perkara iaitu:

a) Driving marabahaya sebab takut lambat sampai sekolah.  Nanti takde parking.

b) Tengah nak distract Inez yang baru nak start huk hek hok dia.

c) Konsentrasi terbaek juga sebab takut terlanggar Encik Black yang sedang jogging at the end of the road.

So apakah penghujungnya?  Obviously aku semustinya frazzled la kan.  But I STILL COULDN'T FIGURE IT OUT.  Apakah apakah apakah???

"Apa tu Elyas?  Apa chipodut, cheepoduk...?  Apa?" .

Lama pikir...  Apa?  Ammar bawak balik?  Apa barang?  Sekolah...?? 

"Cekodok ke?" aku tanya.

Dia jawab dengan senyum manis, "YEEES!! Cekodok.  You are right, Mak!"

Adeh... Pandei la ko nak gulakan Mak ko ya...

No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...