Tuesday, 6 April 2010

perolehan ikan yang gagal

Aku sebagai ikan kekek mak iloi iloi...
Memang mengekek je la kejenya ek?

Pagi ni aku berkobar nak bangun tido awal.  Tak puas hati.  Dalam peti tak ada ikan.  Tak boleh jadi.  Masakan tidak complete.  Maka dalam plan was, bangun pepagi buta, gi mandi dan terus ke Pasar 16 to get my fresh stock of ikan-ikan Malaya.  Dan dalam mencapai cita-cita tersebut, aku telah mengunci jam loceng di henfon tersayang so that I could wake up on time.

So...  Jam loceng berbunyi.  Ring Ring Ring.  [Familiar tak?  Macam lagu yang anak aku belajor dari sekolah je...]

Aku pun beria nak bangun.  Tapi tangan kanan aku tersangkut.  Anak bongsu dalam pelukan.  Tak sempat nak alihkan kepala dia pun, minah tu dah nanges. 

LANGKAH PERTAMA/  Kasi dodoi dodoi balik. 

LANGKAH KEDUA/  Bersangkut lagi kat dada.

LANGKAH KETIGA/  Try kasik anak tu tido balik biar senang nak settle assignment yang diberi.

Nak kasik anak tido balik akhirnya dia Mak Mak dia sekali hancuss.  Lepas tu terjaga, tengok hari masih gelap, maka harus masih ada harapan...

ULANGI LANGKAH PERTAMA HINGGA KETIGA.

Nak kasik anak tido balik akhirnya dia Mak Mak dia sekali hancuss. Lepas tu terjaga, tengok hari masih gelap, maka harus masih ada harapan...

ULANGI LANGKAH PERTAMA HINGGA KETIGA.

Nak kasik anak tido balik akhirnya dia Mak Mak dia sekali hancuss. Lepas tu terjaga, tengok hari masih gelap, maka harus masih ada harapan...

See the pattern?  Get the message?  Yeah.

Akhirnya, aku ni pun terjaga satu jam kemudian dengan keletihan, sakit tekak dan sakit badan. 

**Walah**

Anak aku tido jugak balik akhirnya.  Maka aku dengan perlahan ke bilik air nak mandi ni.  Gosok gigi sukahati.  Cuci muka delicately.  Dengan liuk lentuk badan menggunakan Olay Body Wash plus Crème Ribbons berbuih-buih dengan penuh kesegaran... 

Namun, the moment I stepped out, segala fantasi bilik air hilang dengan kejutan.  Anak bertuah si Elyas dah ready to pounce on all fours sebelah Inez.  Mak terus gigil beb.  Abes la...  Dan belum sempat sebut pun, Cik Adik dah berjaga.  Mata sebuntang MooMoo Elyas tu.  Memang besau mata menatang MooMoo tu. 

Maka aku yang berkemban [sila pensan] dalam towel tu pun meneruskan aktiviti bersangkut dada di depan tv sambil berdilema sebab Elyas tu siapa la nak siapkan for his pre-school sebab Cik Adik akan bising dan bising dan bising bila attention untuk dia is diverted dan juga, apakah kesudahannya Mak kao yang sedang berkemban masih itu. 

Perasaannya:  Aiyoyoo...  KaoMengAaaah....  Hancusss.

Sekali Pawpaw keluar bilik tidur.  It was like a blessing to the morning.  "Elyas nak mandi?  Papa mandikan Elyas ok?"  Wawawawawa...  Itu namanya SAAAANGAT blessing!  Lepas tu Kakak Mun pulak mencari jalan naik atas dan mencurik perhatian Cik Adik supaya Mak dapat siap gi keweje.  WAWAWAWAWA...  Itu namanya adalah SUUUPER blessing...

Lepas tu Mak pun tit tot tit tot pegi kerja.  So, secara rumusannya, percubaan untuk ke pasar membeli ikan pada pagi ini adalah begitu amat dasat gagalnya sama sekali.  Kita cuba lagi esok.

Hik hik hik.

No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...