Dari semalam sebenarnya aku telah teringat nak nulis. Tapi penggilaan semalam adalah sangat gila meroyan. Apa ke jadahnya sampai boleh produce 5 blog dalam satu hari? Apakah itu bermaksud aku tiada kerja? Ada... Siapa kata aku tak ada kerja? Ada... Siap berjalan-jalan satu block lagi. Hantar-hantar surat sebagai seorang minah despatch... Ha ha. Terjal mungkin. Mendom tidak berahi langsung.
So semalam aku dok go over and over again about this blog address name. Since I did this Malay version of blog on a whim, sekilas je terpikir nama Watikah Nadia. Ye la. Watikah tu kan cerita perkhabaran pun namanya... Tapi bila diulang-ulang... Ia menjadi...
>> Wati kah Nadia?
Jawapannya adalah di dalam bentuk esei seperti berikut:
Oh tidak. Nadia bukanlah Wati. Nadia langsung bukan Wati. Nadia adalah Nadia. Tidak sebanyak mana pun Wati itu dalam Nadia. Sekiranya if ever nama Nadia adalah Nadiawati, mungkin Nadia yang ini akan pensan berkali-kali seperti orang berdarah rendah yang mana ia tidak mungkin berlaku kerana Nadia mempunyai darah tinggi yang sedang berada di tahap yang terkawal pada masa ini, alhamdulillah, dan mungkin akan terus ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar nama kepada 5 abjad pertama nama tersebut itu sahaja. Mungkin juga di saat kreatif itu Nadia akan mendapat ilham untuk menukarkan namanya kepada Adia macam lagu Sarah McLachlan atau menterbalikkan ejaan dan memanggil dirinya sebagai Aidan atau menukar terus menjadi Portia de Rossi sebab bunyiknya adalah sangat glamer nak pensan. Tapi macam mana pun kan, nama Wati itu akan tetap berada di dalam kad pengenalan sentiasa tertera di belakang nama baru itu dan berada pada tahap yang amat menjengkelkan gaban pensan forever and ever. Jadi itu bermaksud nama Wati itu akan tetap ada dan bukannya seperti berada di Los Angeles atau New York yang kalau ko nak tukar nama tu, nama lama tak akan tertera di dalam surat beranak mahupun kad pengenalan tuan punya badan. Mereka tidak memberikan peluang untuk menatang tu haunt you buat selama-lamanya yang mana ia adalah sesuatu yang kejam dan tidak patut berlaku.
Sekian, wasalam.
Tuesday, 6 April 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ni Je Yang Ada
Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update. Tak tau apa nak update. Ada ke orang baca blog ni? Dah takde dah gambar-gambar beb...
-
Watikah hari ini adalah... Welkam 2020. Pelbagai jenis emosi berbait, berbolak-balik dalam tempoh berapa bulan ni di tanah airku M...
-
Watikah hari ini adalah... Lama dah aku tinggalkan blog ni. But I come back. I wonder, ada ke orang baca blog ni lagi? Kengkadang aku d...
-
Watikah hari ini adalah... Hari ni saya sakit tekak dan macam kurang sihat. Saya rasa mungkin sebab saya lupa nak cuci kepala sebab kena h...
No comments:
Post a Comment