Memula macam... Takpe la makan asal boleh. Maybe Maggie Goreng ke... Apa ke. Sekali sampai saja di kedai mamakian tersebut, tengok orang dok order nasi kandaq. Wah. Lama gilos aku tak makan nasi kandar. Lama sangat. Then terasa lapar la pulak yang mana whatever I though I was gonna order will not be sufficient. Maka aku pun tersampuk macam orang lain mengorder mekanan tersebut.
Nasi Kandaq yang mengenyangkan... {{ Burp }} Alhamdulillah...
Memula terasa macam... Ayo! Bulih ka nak habes ni? Tak la jugak menjadi dilema sebab akak ni biasanya apa yang diambil even time makan buffet pun, they will be finished unless ia ada mengikut kriteria yang:
A) dah sangat kenyang.
B) dah terasa muak sebab coordination mekanan tersebut, though biasanya habes jugak...
C) tak sedap sampai tak bulih makan.
D) if it's milky, especially yang too milky sampai nak pulak kena makan benda lain bebanyak... sori, I kenot swollow.
Nota: Dengan keadaan I eat everything ni, option C means, orang lain pun jangan la makan.
And the result from that beberapa minit punya suapan...
I told you I was a good eater!
Bess. Terasa puas dan kenyang di perut is just nice. Not too kenyang. He he.
So mentara nak tunggu masa I pun called up to borak with my sister. Borak punya borak then I thought, okay lah, time to head back to the office. Start engine, full blast ekon sebab sangat panas macam sauna then rally back to the office complex.
Sedang nak sampai tu, aku dah tercangak bobbing my head sideways. He he. Nak tengok... Kalau lori jual pisang goreng tu ada meniaga hari ni ke tidak. The kids love the pisang goreng sebab tak mua and crunchy. Memang best. So berenti la lagi. Satu pack for them and one more lesser in value for me. He he.
Pisang goreng yang nikmat
Tengah berdiri menunggu mentara boss dia sorting my order, assistant dia pulak sambung tanya, "Ya Dik, mau apa?" That woman was standing next to rows of other things dan mata aku terus nampak sesuatu dan secara otomatis mulut berbunyik, "Cendol bungkus satu!"
Waaah... Inilah sebabnya aku kalau depan kedai mekanan adalah dikawalselia rapi oleh Encik Black. Ha ha ha. Serious. Masa pregnant dulu adalah SANGAT dikawalselia bila lalu depan kedai donat! Ha ha. Dan supermarket. Ye lah. Aku kan professional supermarket sweep. Kenkandang tu terlepaslah jugak satu dua benda. Kasik tumus dalam itu troli. Tengs.
Hari panas dan secawan cendol. Apakah itu? Nikmaat... Nak kasi tunjuk. Sila berdarai airmato mahupun air liur.
Cendol on the go!
Di sebelah kanan ada cendol, di sebelah kiri ada pisang goreng dan di tengah-tengah dalam perut, ada nasik kandaq. Keputusannya? Cendol dah tinggal separuh dan pisang goreng belum bersentuh!
Tu lah. Lahanatnya mata ini. Ha ha.
No comments:
Post a Comment