There was an error in this gadget

Wednesday, May 5, 2010

dilema percintaan aku dengan membeli sayur kat pasar niii.... plakss

Hari tu aku ada dilema percintaan aku dan pasar.  Aku MASIH ada dilema dengan pasar.

Apa lah aku ni dengan pasar, ye...  Aku pun tatau.  Initially it was just all about ikan.  Tapi sekarang aku amat tidak menyukai bab subjek sayur-sayuran.  Aku juga berasa perkara itu adalah sedikit keji sebab kenapa diorang kenot put setempat je pasar barang reject dengan pasar barang fresh sekali harung. 

Pasar 16 Shah Alam adalah menjadi kebahagiaan bagiku bila nak membeli ikan.  Fresh.  Segar.  Tak layu di tasik madu.  Beli jugak sayur kat situ.  Dah bermacam gerai aku cuba beli sayur.  Gerai depan sekali, gerai sebelah gerai depan sekali, gerai tengah mahu pun gerai belakang.  Bila aku bawak balik, lepas 2 hari la kata...  Tak payah nak tunggu sampai hari Jumaat pun.  Dah kuning, robek atau berlenyor.  Ini kiranya dah berbungkus dengan newspaper tau...

Dekat Pasar Orang Kaya Syen 6 pulak, ikan dia - hancusss.  Ayam?  Mana-mana ko pi beli pun sama.  Oops...  Kecuali kalau ko pi beli kat Giant Shah Alam Mall.  Kalau kat situ, sila ko nanges sekarang.  Ko bagi ayam tu kat kucing kurap pun dia takmo makan.  Fullstop.


Taken off the web.  Thanks [HERE]
Ini adalah contoh seekor kucing kurap yang berwarna kunin.


Berbalik pasal sayur tadi.  Sayur kat Syen 6 adalah segar.  Hijau.  Cantik.  Menawan.  DAN dia tahan.  Aku tak tau la apa vitamin diorang bagi sayur ni makan.  Lagi banyak jenis dan variety rasanya kalau nak compare dengan Pasar 16 tu. 

Tapi tu lah tu.  Takkan setiap kali aku gi pasar kena singgah 2 pasar berbeza??  Kang nak kena singgah lagi tah memana sebab nak kena beli nasik lemak untuk maid aku tuh.... [sambil menjeling ni!]  Yeee...  At least tak la stress sebab dia ada FB account ke... kan?? 

So kiranya...  Sabtu ni aku kena la singgah ke dua-dua pasau gamaknyer ye...  Huh. 

Sungguh aku terpaksarelakan diri jua.

Nota kepada diri sendiri:  Selamat Maju Jaya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails