Tuesday 1 June 2010

apakah yang nak masak neeeeeeh....

Watikah hari ini adalah...

Aku sedang mencari inspirasi apa nak masak hari ni.  Abang Ngah sudah mula kehilangan suara.  Cik Adik pula asik nanes nanes nanes 3 4 5 hari lately nih.  Abang Long, mulut berulcer.  Encik Black pula suaranya seperti Encik Black bukan lagi Encik Black.  Haha.  Sombat dah teruk hidung dia.

Sedang-sedang itu sorang kawan ni kata next time I have to take picture of the food yang aku masak.  Haha.  Macam la aku terer.  Kengkadang masak pun entah apa rasa.

Taken off the web.  Thanks [HERE]
Ini bukan gambar aku.  Harap maklum.

Tapi satu resepi akan ku selinapkan hari ini.  Aku manggilnya Ikan Goreng Sumbat sebab aku tatau apa nak panggil resepi ni.  Ni resepi Mak Mentua aku yang turunkan.  Menurun tu.  Haha.

IKAN GORENG SUMBAT

Bahan-bahan
Ikan Kerisi
Bawang Putih
Bawang Besar
Cili Kering
Garam dan kunyit

Cara-caranya
1. Blend tanpa air atau tumbuk bawang putih, bawang besar dan cili kering dengan hasil yang kasar.
2. Garam dan kunyitkan ikan kerisi anda.
3. Lumurkan No.1 pada seluruh ikan dan dalamnya sekiranya ada lebih.  Biar selama 10-15 minutes.
4. Goreng.  Angkat. 

Yang penting, segala apa serdak yang ada dalam kuali tu, sila bawak keluar dan letak dengan serving sebab itulah yang sedapnya.

So today, mungkin menunya adalah...

1. Ikan Goreng Sumbat
2. Sup...  (Sup apa ye...)  Aku rasa masak kuah singgang ikan tongkol lah... Amacam?
3. Telur dadar powderful - tip nak dapat hasil macam kat kedai adalah, you whip it until berbuih banyak gila.
4. Sayur sawi la kut...  No sos tiram bekos all sneezy.
5. Ayam...  Ayam apa ah?  Ayam kicap... ke... ayam lemon ciken?  Ke tak payah? 
6. Oh please sambal belacan untuk aku.

SAMBAL BELACAN

Bahan-bahan:
Cili api
Belacan
Tomato yang macam dah nak lombek
Garam
Limau [optional]

Cara-cara
1. Potong memanjang tomato tu macam orang potong apple.
2. Tumbuk cili, masuk belacan, lepas tu masuk tomato tu dan kasi mix. Garam and limau.

Entah.  Apa hasil aku buang karen ngan dilema ni nanti, itu esok aku kasi hapdet.

Kalau aku rajin.

Haha.

Mende.  Perasan je lebeh. 

Pedulikan.

No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...