Tuesday, 8 June 2010

termakan kata pak guard tapi rupanya diri sendiri yang bijaksana

Watikah hari ini adalah...

Last week aku telah membuat apa yang perlu untuk banking seperti biasa.  Aku pun usung la cheque tu nak membayor.  Sekali bila sampai, aku tengok slip deposit untuk mesin tu absent.  Masuk la dalam bank.  Agaknya sebab aku tercangak baek nyer, Pak Guard tu bersuora:

"Slip nyer abes.  Ko masukkan je cheque tu gitu."

"Huh?  Betul ke?" 

"Ye.  Isi semua sudah kan?"

Aku pusing bagi dia teliti.  Kenapa aku trust the Pak Guard pun aku tatau.

"Ha.  Betul la tu.  Masuk je dalam mesin tu."

"Betul Pak Cik?"

"Ye.  Betul..."

Setelah beberapa hari, aku pun tengok la dalam bank transaction if they have deducted the amount from my account.  Aku tengok, tak ada indicatiiiiiooooon pun?  Aku citer la dengan Encik Black.  Jawapannya yang telah memadanmukan aku:

"Tu la.  Pandai.  Yang pegi dengar cakap Pak Guard tu buat apa?"

Aku:  [pensan]

Risau-risau jugak.  Semalam dah terlintas pun nak kena buat sesuatu.  Aku tersalah tulis payee name ke?  Mungkin memang salah aku masukkan cheque without the slip pun.  Kalau tak pun, should I cancel the cheque and reissue a new one?  Tetau je hari ni dah lupa.

Sekali tadi just after lunch, I got a call.

Bank: Puan, hari tu Puan ada datang ke bank nak buat bayaran menggunakan cheque kan pada sekian haribulan untuk perkara tersebut?

Aku: Ada...  [saspen]

Bank: Boleh tak Puan datang balik ke bank?

Aku: Boleh.  Tapi kenapa ya?

Bank:  Puan tak sain cheque itu.

Aku menggarap malu dan terus mengiakan RSVP untuk menyain menatang tersebut. 

Nota kepada Nadia:  Sila hantuk kepalamu itu ke dinding, pandai... 

So, babai.  Aku go first. 

[E'e'ne kan sebab kena blog about it first then go settle it!  LOL.  Buduh betul.]

2 comments:

seldom break said...

udah pegi bank ka belum? aiyayayaya.

Nadia.Is.Cute said...

dah. berkejaran macam tatau hapa! hahaha. macam laki aku kata la tu.

PANDAAAAAIIIII....

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...