Aku bosan hari ni. Lapar tapi takde mood nak makan. Takde mood sangat. Lah.
Hatiku terguris masih dari semalam. Aku hampir yakin yang penyebab sesuatu perkara adalah di atas hasil impressionism yang memakan tahun. Dah orang tu tak suka kat aku. Dah tak suka tu sudah lah. Tak payah la hasut orang lain. Or create story. Or kombah pasal orang lain terdekat dengan aku untuk dijaja. Dan walau pun itu telah bertahun berlalu, orang tu punya paku is still in my fence tau. And others won't know how it is unless they've been in the same situation.
Dan walau pun itu telah bertahun berlalu,
orang tu punya paku is still in my fence.
...I only wonder how many other nails that person has
to take down from the fence [life] of others'.
Inilah kut garis bagi orang yang jujur. Bagaimana pun banyak bengkak dada aku ngan kau, dengan seadanya kau memang tidak mau dan tidak suka untuk orang lain mula mengenali aku dengan memberikan pelbagai jenis reason yang kau hamburkan at Step One, aku doakan kau bahagia dengan keluarga dan anak-anak. Aku doakan kau murah rezeki. Aku doakan kau bahagia di dada sentiasa tenang. Aku doakan agar kau jumpa apa yang selama ini kau rasa tiada dalam jiwa. Aku benar-benar berdoa agar kau berubah menjadi orang yang lebih baik dari semalam.
Apakah aku baru saja memaafkan kau dari hujung rambut hingga hujung kaki?
[Pejam mata memohon kepastian]
Ya.
Dan aku harap kau akan menggunakan peluang itu sebaik yang boleh.
[Menghela nafas]
So I let all this go. Alhamdulillah. Tenang juga dada. Memang agak susah nak memaafkan, tapi perasaan selepas itu mengatasi kesakitan jiwa. Apa-apa pun, aku tetap mengucapkan Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Dan aku berdoa semoga hidup kamu-kamu semua yang membaca juga diberkati sebaiknya.
No comments:
Post a Comment