Malam ni aku masak. Lama dah dapur tak berasap. Peti ais rosak. Barang kenot stock up. Maka akak sub aje la kat kedai makcik depan rumah tu. Saja la. Bagi dia bisnes sikit. Amal jariah. Haha.
Disebabkan peti ais tu sampai gak within an hour dari waktu dibeli tu [towkey baik ati tuuuu... (Juih)], aku, first thing in the morning telah meng-on-kan terus menatang tu. Eh. Peti ais baru. Kenot kol menatang. Nak bagi nama lah. Nama dia kita bagi nama apa ek? Okei. Aku dengan ini menganugerahkan namanya sebagai peti ais Toshiba. Pandai tak aku pilih nama. Hehe. Okei. Sebab dah ada Toshiba, aku terus gi pasar beli sayur! Haaaa... Semangat tak hengat! Sempat masuk opis lak tu. Korang marah tak? Haha.
So tadi, balik rumah tengok maid akak telah memasak perkara expertise dia iaitu menggoreng! Dia dah goreng tempe dan ikan masin. And then terima report. Blender pulak rosak. Jadi semua bawangs tidaklah sehalus mulus yang sepatutnya sebab dia telah menggunakan lesung batu yang mother-in-law telah berikan padaku pada birthday tahun lepas... Cili giling pun dah habis rosak. So, cili idup pun cili idup ler aku blasah. Nasib baik aku sempat capai pun masa kat pasar tadi!
So hasilnya... Udang masak cili idup (hehe), kangkung belacan, ikan tongkol masak lemak, tempe goreng, ikan kering cili api dan sup ayam yang aku soh maid aku buat for lunch tu.
Kami pun makan sehingga kenyang.
Sekian, wasalam...
Sent via BlackBerry from Maxis
Wednesday, 30 June 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ni Je Yang Ada
Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update. Tak tau apa nak update. Ada ke orang baca blog ni? Dah takde dah gambar-gambar beb...
-
Watikah hari ini adalah... Welkam 2020. Pelbagai jenis emosi berbait, berbolak-balik dalam tempoh berapa bulan ni di tanah airku M...
-
Watikah hari ini adalah... Lama dah aku tinggalkan blog ni. But I come back. I wonder, ada ke orang baca blog ni lagi? Kengkadang aku d...
-
Watikah hari ini adalah... Hari ni saya sakit tekak dan macam kurang sihat. Saya rasa mungkin sebab saya lupa nak cuci kepala sebab kena h...
No comments:
Post a Comment