There was an error in this gadget

Friday, April 30, 2010

bila semua orang tidak bertahan

Semalam pagi semua dah mula bersosek dan meleleh air hidung.  Bagi aku, hingus masih boleh disedut balik ke dalam hidung.  Tapi air hidung adalah yang jenis tak boleh disedut.  Dia meleleh je.

Mentara petang/malam tadi, 3 orang demam.  Throughout the night, 4 orang demam.  Mentara pagi, 2 orang demam.  Tapi 4 4 orang berlelehan dengan air hidung.  Mak?  Alhamdulillah sihat.  Atau pun sebab dia adalah Emak, dia kena sihat sebab semua 3 orang anak dan 1 orang suami demam?  Kesiankan?  Haha.  That's the truth in life pun.  Maybe jugak I'm the only whom has been eating the cod liver oil religiously.  Ye kut?  Maybe it's that eh?

So this morning, texted my boss bagitau the whole house is sick before I hauled all to the clinic.  Abang Ngah sihat pagi ni so he got onto the school van while the rest got ready.  Encik Black, Cik Adik dan Abang Long yang jumpa doctor.  Kitorang balik penuh dengan kemeriahan.  Ubat tu kalau ditabur dan dibaling-baling, ada kut macam closing last show of Mentor.  Lagi meriah bila sempat beli roti segala roti dari 7E for makan.

Aku pun meng-emak-kan diri dengan melontarkan suara kepada mereka-mereka yang belum sarapan untuk sila bersarapan...  Bagi mereka-mereka yang sudah, sila makan obat...  Cik Adik pun datang.  Tit tot tit tot tit tot.  Nganga je mulut.  Selamba beb.  Tak payah offer air pun.  Siap tunggu lagi obat kuat mana nak makan.  Kalau dapat, obat bapaknya dan abangnya pun boleh telan jugak...  Haha.  Gila hebat anak dara aku sorang tu. 

Abang Long pun habiskan makan nasik goreng dia dengan bersungguh-sungguh.  Ye lah.  Adik dia pun boleh tapau sampai 3-4 obat selamba, dia pun kena la tunjukkan dia juga sama selamba kan?  Haha.  So dia pun bagi rating...  "This one kan Mak, Mak Mak Mak Mak, rasa dia macam laici" dan bersambung, "Mak Mak Mak Mak, this one oso rasa dia macam laici..."  Ye lah.  Aku pun berpura-pura pedulik la kan...  Haha.  Teruk betul la Mak ko ni yeee?


Picture Taken on: 1 January 2009
Sekejap je kan diorang ni dah besar? 
Bertambah ragam perangai masing-masing...
Walau tercuit hati, Mak tetap sayang. 


Then after that was settled, tetiba ada pulak terdengar suatu suara yang menggerunkan, "Boleh tak nak sorok kunci keta?"  Oh.  Sori.  Tidak boley la Pawpaw.  Aku sambut dengan sengih yang, "Amende..." dia pun sengih je balik kat bini dia.  Macam...  Pasangan bercinta...  Ha ha.  Ye lah.  Dah beranak 3, cinta la tu.  Lagi pun, mau aku jadi stress dok kat rumah.  Kena kerja full time as a mind reader untuk semorang di situ.  Mental

Sedang-sedang menyambut untuk mengucup tangan [cecewah] suami itu, Cik Adik dah berada di depan pintu, tarik grill tu pelan-pelan seraya menutup [konon dah konci la pintu tu], mengangguk dengan konpiden yang Mak tidak dapat lagi keluar sebab dia dah tutup grill itu.  Haha.  Cik Adik... Cik Adik...  Dan nasib baik aku, tiada sebarang pergelutan mahu pun rebutan kuasa berlaku dari tempoh aku berada di pintu grill sampai ke pintu kereta. 

Hmmm...  I think I need another cup of coffee lah.  Bye.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails